Sajak - Air Mata Corona
Air Mata Corona
Mengalirlah air mata
Biar bercucuran
Biar sampai ke saraf kalbu
Melihat anak-anak kecil yang menghirup
Hingga ke dasar pinggan
Demi seceper mi segera
Demi kelangsungan hidup
Sang ayah memerhati cuma
Sang ibu cepat-cepat menyeka air mata
Dibelenggu kurungan had dan waktu
Sekampit beras
Sekampit gula
Sebungkus biskut
Dihulur bersama segunung ikhlas
Dalam lipatan keinsafan syahdu
Hidup kian mahal
Mahal lagi hati syurga
Kita yang mampu
Tidak tega berhati batu
Di suatu sudut waktu
Ada yang memerlu
Tidak perlu kaya untuk membantu
Sesudu rezeki tidak menumpahkan sekawah nasi
Sesudu garam dapat mengubah selera rasa
Biarkan anak-anak itu
...nyenyak dielus kekenyangan
Biarkan sang ayah menarik nafas kelegaan
Agar sang ibu hilang resah kedukaan
Kerana rezeki itu perencanaan Tuhan
Dan
...wabak bencana juga kehendak Pencipta alam
ABi
Dahlia Indah
04042020
Mengalirlah air mata
Biar bercucuran
Biar sampai ke saraf kalbu
Melihat anak-anak kecil yang menghirup
Hingga ke dasar pinggan
Demi seceper mi segera
Demi kelangsungan hidup
Sang ayah memerhati cuma
Sang ibu cepat-cepat menyeka air mata
Dibelenggu kurungan had dan waktu
Sekampit beras
Sekampit gula
Sebungkus biskut
Dihulur bersama segunung ikhlas
Dalam lipatan keinsafan syahdu
Hidup kian mahal
Mahal lagi hati syurga
Kita yang mampu
Tidak tega berhati batu
Di suatu sudut waktu
Ada yang memerlu
Tidak perlu kaya untuk membantu
Sesudu rezeki tidak menumpahkan sekawah nasi
Sesudu garam dapat mengubah selera rasa
Biarkan anak-anak itu
...nyenyak dielus kekenyangan
Biarkan sang ayah menarik nafas kelegaan
Agar sang ibu hilang resah kedukaan
Kerana rezeki itu perencanaan Tuhan
Dan
...wabak bencana juga kehendak Pencipta alam
ABi
Dahlia Indah
04042020
Ulasan
Catat Ulasan