Sajak - Cuba

Cuba

Cuba
Menjadi hati malaikat
Ingin
Mengikut akhlak nabi
Supaya memberikan kami
Sebuah inspirasi yang indah
Agar
Musim dingin menjadi hangat
Musim panas menjadi dingin

Sang Pencipta menzahirkan
dunia ini tiada kekurangan
Alam ini penuh pemandangan yang indah
Namun
Manusia kekurangan kepercayaan yang indah

Tika
Cinta dan impian di hadapan kita bangkit
Bagaikan sinar lampu mercu suar
Memenuhi impian kita
Kekadang kita dijengah alpa leka

Kasih dan perhatian Sang Pencipta
Telah melewati segalanya

Seharusnya kita...
Tidak bosan menjadi miskin
Tidak jelak merentasi sakit
Tidak mengomel merenangi kesukaran
Kerana
Sesekali kebahagiaan itu menyakitkan

Dan redalah
Sebelum Tuhan memanggil kita pulang

Abi
TDI
29.3.2020

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedikit Pengetahuan Bahasa Perbezaan MERASA dan BERASA

Sedikit Pengetahuan Bahasa Perbezaan antara `BOLEH’ dengan `DAPAT’

Sedikit Pengetahuan Bahasa Beza Jarang dengan Jarang-jarang