Sajak - Dua Makna
Dua Makna
Ulat bulu menjadi beluncas
Melompat ke batang gersang
Bertukar kepompong
Menjadi kupu-kupu malam
Menokak patah sayap rama-rama siang
Rama-rama itu jatuh
Kupu-kupu besar kepala
Dikelilingi kelkatu
Yang nampak lampu simbah
Belum pasti tersinggah
Mungkinkah kupu-kupu itu
Akan gugur sayapnya
Bersama kelkatu-kelkatu
Yang berjatuhan kerana sayap malam
tanggal dan menjadi semut , anai-anai
Merayap di banir batang
Cuba mengejar bulan
Kerana cahaya lampu sudah pudar....
ABI
TDI
19.4.2020
Ulat bulu menjadi beluncas
Melompat ke batang gersang
Bertukar kepompong
Menjadi kupu-kupu malam
Menokak patah sayap rama-rama siang
Rama-rama itu jatuh
Kupu-kupu besar kepala
Dikelilingi kelkatu
Yang nampak lampu simbah
Belum pasti tersinggah
Mungkinkah kupu-kupu itu
Akan gugur sayapnya
Bersama kelkatu-kelkatu
Yang berjatuhan kerana sayap malam
tanggal dan menjadi semut , anai-anai
Merayap di banir batang
Cuba mengejar bulan
Kerana cahaya lampu sudah pudar....
ABI
TDI
19.4.2020
Ulasan
Catat Ulasan