Sajak - Ego Sahabat
Ego Sahabat
Kita pernah berkampung di hati
Pun pernah bermesra di kelopak rasa
Namun...
Detik berubah
Mengubah tangkai hati
Yang menganjak budi
Kerana pangkat
Yang membezakan darjat
Kerana bijak ilmu
Menjadi hati semu
Melonjak ego
Yang tersirat
Yang menyurati tingkah
Mungkin tanpa disedari
Ego menapak di sanubari
Kerana itu menjarakkan kita sahabat
Menjadi dinding pemisah
Bagai tembok penghadang
Ikatan persahabatan
Yang pernah terjalin sekian lama
...di jalur kehidupan
Doaku agar kamu sedar
Doaku agar aku sedar
Agar ego tidak terus menjalar
Di selusur rerambut darah
...yang mengalir di saraf hidup
Kerana merah darah kita tiada beza
Namun ego tetap ada
Dalam kendiri tanpa disedari
Ketebalan disulam kesebalan
Menjana kekebalan ego
ABi
24mac2020
TDI
Kita pernah berkampung di hati
Pun pernah bermesra di kelopak rasa
Namun...
Detik berubah
Mengubah tangkai hati
Yang menganjak budi
Kerana pangkat
Yang membezakan darjat
Kerana bijak ilmu
Menjadi hati semu
Melonjak ego
Yang tersirat
Yang menyurati tingkah
Mungkin tanpa disedari
Ego menapak di sanubari
Kerana itu menjarakkan kita sahabat
Menjadi dinding pemisah
Bagai tembok penghadang
Ikatan persahabatan
Yang pernah terjalin sekian lama
...di jalur kehidupan
Doaku agar kamu sedar
Doaku agar aku sedar
Agar ego tidak terus menjalar
Di selusur rerambut darah
...yang mengalir di saraf hidup
Kerana merah darah kita tiada beza
Namun ego tetap ada
Dalam kendiri tanpa disedari
Ketebalan disulam kesebalan
Menjana kekebalan ego
ABi
24mac2020
TDI
Ulasan
Catat Ulasan