Sajak - Fatamorgana Rindu

Fatamorgana Rindu

Logamaya rasa
Menghasilkan nota cinta tidak bertajuk
Dicoret di atas sehelai kertas putih bersih
Hasil pena tidak bertinta
Menjadi paparan kosong
Lakaran hati berperisa rindu
Yang berseru di kalbu sendu
Yang sonetnya di bulan biru
Raupan rasa yang meruap di udara lalu
Menjadi soalan yang tak punya jawapan
Tanda tanya melayang di awan kelabu
....sirus halus menipis dan menghilang
Mungkin tidak terjelang
Kerana bukan dirancang
Yang akhirnya menjadi mimpi
Menepuk tidur di peraduan siang
Tidak menembusi.lena malam
Kesudahannya atma tak merentasi dinihari
Subuh yang dingin tidak menjadi suam.

ABi
12042020
TDI

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedikit Pengetahuan Bahasa Perbezaan MERASA dan BERASA

Sedikit Pengetahuan Bahasa Perbezaan antara `BOLEH’ dengan `DAPAT’

Sedikit Pengetahuan Bahasa Beza Jarang dengan Jarang-jarang