Sajak - Khabar Untukmu Adik
Khabar Untukmu Adik
Hari ini
Anak perempuanmu
Selamat diijabkabulkan
Anak sulungmu menjadi wali
Kerana tanpamu di sisi
Emak kita menyaksikan detik itu
Adik beradik kita turut serta bersama
Anak-anakmu juga ada
Semua kesayanganmu ada
Meriah walaupun kamu tiada
Tahniah kerana kamu sudah bermenantu
Alangkah meriah lagi
Alangkah bertambah seri
Jika kamu bersama
Tapi Tuhan menyayangimu
Tinggallah kami merindui kamu
Moga anak-anakmu bahagia
Kami titipkan doa untukmu adik
Sepanjang waktu setiap detik
Agar Allah merahmati rohmu
Meredai amal ibadahmu dulu
Percayalah
Emak sentiasa berbicara tentang kamu
Emak sentiasa merindui kamu
Kesihatan emak makin terganggu
Namun,
Doanya tak habis-habis untuk kita, untuk kamu
Moga kamu tenang di sana
Moga kamu sejahtera di sana
Harap suatu masa nanti kita bersama di sana
Bersama ayah
Bersama emak
Bersama adik beradik, sanak saudara...
Aminn!
ABi
21.2.2020
Pengeli Timur
Hari ini
Anak perempuanmu
Selamat diijabkabulkan
Anak sulungmu menjadi wali
Kerana tanpamu di sisi
Emak kita menyaksikan detik itu
Adik beradik kita turut serta bersama
Anak-anakmu juga ada
Semua kesayanganmu ada
Meriah walaupun kamu tiada
Tahniah kerana kamu sudah bermenantu
Alangkah meriah lagi
Alangkah bertambah seri
Jika kamu bersama
Tapi Tuhan menyayangimu
Tinggallah kami merindui kamu
Moga anak-anakmu bahagia
Kami titipkan doa untukmu adik
Sepanjang waktu setiap detik
Agar Allah merahmati rohmu
Meredai amal ibadahmu dulu
Percayalah
Emak sentiasa berbicara tentang kamu
Emak sentiasa merindui kamu
Kesihatan emak makin terganggu
Namun,
Doanya tak habis-habis untuk kita, untuk kamu
Moga kamu tenang di sana
Moga kamu sejahtera di sana
Harap suatu masa nanti kita bersama di sana
Bersama ayah
Bersama emak
Bersama adik beradik, sanak saudara...
Aminn!
ABi
21.2.2020
Pengeli Timur
Ulasan
Catat Ulasan