Sajak - Mahligai Syaitan
Mahligai Syaitan
Telapak kaki iblis
Di mahligai syaitan
Terjerlus di gumpalan darah hitam
Menenggelamkan takhta waras fikir
Jejari tidak menjadi mata telinga malaikat
Saat pandamik bagai amaran dari Pencipta alam
Fitnah memuncak naik menerawang
Singgah merebak tersebar persis virus
Yang membunuh mahkota jiwa
Kerana jemari melancarkan serangan
Manusia lupa bahawa fitnah itu
Lebih tajam berbisa dari panah sang Arjuna
Dan manusia menjadi pendurjana dunia
yang akan bermukim di mahligai syaitan.
ABi
11.04.2020
TDI
Telapak kaki iblis
Di mahligai syaitan
Terjerlus di gumpalan darah hitam
Menenggelamkan takhta waras fikir
Jejari tidak menjadi mata telinga malaikat
Saat pandamik bagai amaran dari Pencipta alam
Fitnah memuncak naik menerawang
Singgah merebak tersebar persis virus
Yang membunuh mahkota jiwa
Kerana jemari melancarkan serangan
Manusia lupa bahawa fitnah itu
Lebih tajam berbisa dari panah sang Arjuna
Dan manusia menjadi pendurjana dunia
yang akan bermukim di mahligai syaitan.
ABi
11.04.2020
TDI
Ulasan
Catat Ulasan