Sajak - PKP
PKP
Kedai Pah Janda tinggai kerusi
Sunyi
Kedai Pak Lang terkatup rapi
Berkunci
Aktiviti bawah pokok buluh
Tertangguh
Jalan Semeling tiada culang caling
Hening
Pah Janda tak duduk saja
Jual order roti canai segera
Abang foodpanda kan ada
Hantaq merata
Pakai topeng muka
Pak Lang tak sengap juga
Semua dikemas lap walau kedai tak buka
Tak tau nak buang masa
Berkilat digilap belaka
Ayaq ketum ikat penuh tak meniaga
Pangkin rumpun buluh takdak sapa
Pot Sungai Layaq tinggai pelenggaq saja
Tak dak yang laloq cakoroi coca cola
Lepak di rumah main PUBG tak lena-lena
Yang tu pulak jadi fenomena
Sembeb habeh dahi muka
Mangkit tidoq dekat-dekat senja
Ada hikmah PKP dilaksana
Mat Rempit tak berani tunjuk tera
Kedai nombot ekoq tak ternganga
Dangdut Kak Leha tak dengaq suara
Tak buleh lepak segala simpang merata
Politik kedai kopi tinggai meja
Tak gaduh kutuk sini sana
Pun...
Ada yang tegar ketegaq
Curi-curi keluaq macam kawaq
Perangai loqlaq susah nak dengaq
Segelintir manusia tak makan diajaq
Maaf...bahasa kasaq kata
...perangai seropa pelaq
ABi
28.3.2020
TDI
Kedai Pah Janda tinggai kerusi
Sunyi
Kedai Pak Lang terkatup rapi
Berkunci
Aktiviti bawah pokok buluh
Tertangguh
Jalan Semeling tiada culang caling
Hening
Pah Janda tak duduk saja
Jual order roti canai segera
Abang foodpanda kan ada
Hantaq merata
Pakai topeng muka
Pak Lang tak sengap juga
Semua dikemas lap walau kedai tak buka
Tak tau nak buang masa
Berkilat digilap belaka
Ayaq ketum ikat penuh tak meniaga
Pangkin rumpun buluh takdak sapa
Pot Sungai Layaq tinggai pelenggaq saja
Tak dak yang laloq cakoroi coca cola
Lepak di rumah main PUBG tak lena-lena
Yang tu pulak jadi fenomena
Sembeb habeh dahi muka
Mangkit tidoq dekat-dekat senja
Ada hikmah PKP dilaksana
Mat Rempit tak berani tunjuk tera
Kedai nombot ekoq tak ternganga
Dangdut Kak Leha tak dengaq suara
Tak buleh lepak segala simpang merata
Politik kedai kopi tinggai meja
Tak gaduh kutuk sini sana
Pun...
Ada yang tegar ketegaq
Curi-curi keluaq macam kawaq
Perangai loqlaq susah nak dengaq
Segelintir manusia tak makan diajaq
Maaf...bahasa kasaq kata
...perangai seropa pelaq
ABi
28.3.2020
TDI
Ulasan
Catat Ulasan