Sajak - Sajak Itu Puisi

Sajak Itu Puisi

Merajut kata-kata  dari suku kata
Menyusun aksara
Dijadikan frasa dan klausa
Klausa dan ayat bebas bertakhta
Kebebasan wacana
Mengarca peristiwa
Dari pengalaman pancaindera
Melafazkan fikiran ke bentuk pena
Sebagai wahana karya
Yang memiliki tema
Persoalan sampingan dan pemikiran utama

Kadang-kadang jengkel rasa
Kadang-kadang merentap jiwa
Dari peristiwa sejarah ke aktiviti semasa
Kehidupan manusia di pentas dunia
Alam semula jadi ke alam semesta
Dicoret dilakar di kanvas media

Disulam dengan akhir rima
Diksi dipetik ketentuan kata
Imejan dinukil dari imej alam nyata
Dialun mengikut nada tema
Simile itu baris ayat berumpama
Personifikasi itu pengorangan benda
....atau susana
Repitisi pula pengulangan ayat atau kata

Diadun dengan abritrari bahasa
Sesekali berbunga-bunga sesekali jitu berfakta

Sajak itu dalam puisi tertera
Sajak itu lembayung sastera

ABi
5.3.2020
TDI

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedikit Pengetahuan Bahasa Perbezaan MERASA dan BERASA

Sedikit Pengetahuan Bahasa Perbezaan antara `BOLEH’ dengan `DAPAT’

Sedikit Pengetahuan Bahasa Beza Jarang dengan Jarang-jarang