Sajak - Selayak Khalayak
Selayak Khalayak
Tika PKP
Bos-bos jangan mengada-ngada
Macam-macam tugas dalam talian
Sesetengah kerja bertindih-tindan
Mentang-mentanglah tuan majikan
Pelbagai soal selidik diada-adakan
Pelbagai borang disi untuk kajian
Implimentasi tidak berjalan
Kerja buat tak berhasil tak berkesan
Tak isi, nama tersenarai dipaparkan
Tika PKP
Kakitangan awam dianggap makan gaji buta
Cuti di rumah tak buat apa-apa
Terutama cikgu-cikgu, sekolah tak buka
Sebenarnya masyarakat tak faham etika cara
Mereka ada SOP dan tatakerja
PKP adalah arahan bukan suka-suka
Kerja dalam talian juga berlambak
Latihan dan kerja kursus kena semak
Anak-anak didik jadi senak naik muak
Emak bapa mula memberontak teriak
Talian ciput macam siput berebut anak beranak
Budi bicara, kreatitif dan inisiatif selayak
Maka agak-agak berpada memberi kerja
Kesian yang tak punya apa-apa
Mereka pun nak belajar seperti biasa
Bukan tak mahu bertugas, tidak berkerja
Bukan culas bukan bergaji buta
Banyak kekangan yang tak dijangka
Jangan berandaian sebelah mata
PKP adalah arahan bukan suka-suka
Demi kesejahteraan sewarjagat semua.
ABi
TDI
18.4.2020
Tika PKP
Bos-bos jangan mengada-ngada
Macam-macam tugas dalam talian
Sesetengah kerja bertindih-tindan
Mentang-mentanglah tuan majikan
Pelbagai soal selidik diada-adakan
Pelbagai borang disi untuk kajian
Implimentasi tidak berjalan
Kerja buat tak berhasil tak berkesan
Tak isi, nama tersenarai dipaparkan
Tika PKP
Kakitangan awam dianggap makan gaji buta
Cuti di rumah tak buat apa-apa
Terutama cikgu-cikgu, sekolah tak buka
Sebenarnya masyarakat tak faham etika cara
Mereka ada SOP dan tatakerja
PKP adalah arahan bukan suka-suka
Kerja dalam talian juga berlambak
Latihan dan kerja kursus kena semak
Anak-anak didik jadi senak naik muak
Emak bapa mula memberontak teriak
Talian ciput macam siput berebut anak beranak
Budi bicara, kreatitif dan inisiatif selayak
Maka agak-agak berpada memberi kerja
Kesian yang tak punya apa-apa
Mereka pun nak belajar seperti biasa
Bukan tak mahu bertugas, tidak berkerja
Bukan culas bukan bergaji buta
Banyak kekangan yang tak dijangka
Jangan berandaian sebelah mata
PKP adalah arahan bukan suka-suka
Demi kesejahteraan sewarjagat semua.
ABi
TDI
18.4.2020
Ulasan
Catat Ulasan