Sedikit Pengetahuan Bahasa PENGGUNAAN HURUF BESAR

Sedikit Pengetahuan Bahasa

PENGGUNAAN HURUF BESAR

1) digunakan bagi huruf pertama kata pada setiap ayat.
a)Rumah itu di atas bukit.
b)Persembahan itu belum tamat.

2) digunakan sebagai huruf pertama petikan langsung.
a)“Adik kamu mana ?” tanya Jamil.
b)Abang bertanya, “Betulkah awak tidak mahu pergi ?”

3) digunakan sebagai huruf pertama dalam ungkapan yang berhubung dengan kitab suci dan nama Alllah, termasuk kata ganti untuk Allah
a)Yang Maha Pengasih,
b)Ampunilah hamba-Mu.
c)Semoga Engkau menerima doa kami.

4) digunakan sebagai huruf pertama gelaran kehormatan, keturunan, dan keagamaan yang diikuti nama orang
a)Haji Abdul Ghabur
b)Nabi Muhamad S.A.W

5) digunakan sebagai huruf pertama untuk nama jawatan dan pangkat yang diikuti nama orang
Profesor Ahmad Hashim
Sarjan Major Kamarudin , Tengku Iskandar

6) digunakan pada awal nama khas) Sharipah, Ipoh, Terengganu, Bank Negara

7) digunakan sebagai huruf pertama nama bangsa, suku bangsa, dan bahasa
a)bangsa Melayu
b)orang Minangkabau

8) digunakan sebagai huruf pertama bagi nama rasmi badan, lembaga pemerintah, serta nama dokumen rasmi kecuali kata hubung
a)Lembaga Urusan Tabung Haji
b)Dewan Bahasa dan Pustaka
c)Semenajung Tanah Melayu

ABi
20.4.2020
TDI

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedikit Pengetahuan Bahasa Perbezaan MERASA dan BERASA

Sedikit Pengetahuan Bahasa Perbezaan antara `BOLEH’ dengan `DAPAT’

Sedikit Pengetahuan Bahasa Beza Jarang dengan Jarang-jarang