Sedikit Pengetahuan Bahasa PERIBAHASA
Sedikit Pengetahuan Bahasa
PERIBAHASA
(kiasan)
Definisi : perkataan atau ungkapan yg digunakan dlm makna yg berlainan drpd makna sebenar atau makna biasa perkataan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Peribahasa boleh dikatakan kiasan.
Peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar, bijak perkataannya dan senang difahami
Ada unsur pengajaran, sinis atau sindiran, nasihat, teladan atau teguran
Peribahasa terdiri:
1. Simpulan Bahasa
2. Bandingan semacam / Perbandingan
3. Perumpamaan
4. Pepatah
5. Bidalan
6. Kata-kata hikmat
1. Simpulan Bahasa = terdiri drpd dua perkataan
Contoh: Kaki Bangku, Ulat Buku, Kepala Batu
2. Bandingan Semacam= terdiri drpd tiga perkataan
(Boleh guna perkataan seperti, macam, bagai, ibarat, umpama, bak, persis, laksana di tengah-tengah Bandingan Semacam)
Contoh: Bodoh seperti lembu, cerdik umpama kancil, Cantik bak bidadari
3. Perumpamaan= Di hadapan dimulakan dengan perkataan seperti, macam, bagai, ibarat, umpama, bak, persis, laksana.
Contoh: Umpama bulan dipagar bintang, Seperti anjing dengan kucing
4. Pepatah =Rangkaian perkataan yang berkerat-kerat atau berkait-kait. Pepatah sering digunakan untuk menyatakan pengajaran, penegasan dan panduan hidup.
Contoh: Buat baikberpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali
(Sekiranya membuat kebaikan hendaklah ada batasnya, sebaliknya jangan melakukan kejahatan)
Harapkan pagar, pagar makan padi
(Menaruh kepercayaan kepada seseorang tetapi orang yang dipercayai itu mengkhianati kita pula)
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
(Sesuatu yang diingini pasti boleh dicapai dengan usaha yang gigih tetapi jika enggan pelbagai alasan akan diberikan)
5. Bidalan = Susunan kata yang biasa digunakan untuk memberikan pengajaran dan nasihat tentang perkara yang benar.
Contoh: Ada yang ada semut
(Di mana ada rezeki yang banyak, di situlah banyak orang)
Ada udang di sebalik batu
(Ada sesuatu yang dikehendaki di sebalik apa yang dilakukan)
Air dicincang tidak akan putus
(Dua orang yang bersaudara tidak dipisahkan oleh perselisihan faham)

6. Kata-kata Hikmat=
Mengikut Kamus Dewan, kata hikmat ialah perkataan orang bijak pandai yang mengandungi pengertian yang tinggi. Ini bermaksud ungkapan yang berupa nasihat, panduan dan peringatan serta dijadikan pedoman hidup.
Contoh
- Bahasa menunjukkan bangsa
- Bersatu teguh, bercerai roboh
- Maju bangsa maju negara
- Jangan pandang orang yang berkata; pandang apa yang ia kata
ABi....BLM ANDALUSIA....1.10.17

Ulasan
Catat Ulasan