Sedikit Pengetahuan Bahasa Perkataan Inggeris yang berasal daripada bahasa Melayu
Sedikit Pengetahuan Bahasa
Perkataan Inggeris yang berasal daripada bahasa Melayu
Bahasa Melayu makin banyak dipengaruhi bahasa asing seperti Inggeris dan Arab seperti ribuan tahun dulu Sanskrit menguasai alam fikir wilayah negara ini. Begitu juga pengaruh bahasa Portugis dan Belanda.
Tetapi apakah anda menduga bahasa asing juga, termasuk Inggeris, turut dipengaruhi bahasa Melayu?
Berikut perkataan Inggeris yang didapati berasal daripada pengaruh alam Melayu:
(1) camphor — kapur
Bahasa Inggeris awal menggunakan istilah “caumfre” yang dipengaruhi kata Latin “camphora”.
Perkataan-perkataan ini dipengaruhi bahasa Arab, kafur, yang berasal perkataan “kapur” dalam bahasa Melayu. Istilah Melayu ini mungkin daripada bahasa Sanskrit “karpura.”
Kayu kapur pernah dijadikan barang dagangan utama ratusan tahun dulu. Rekod menunjukkan “camphor” pertama kali digunakan pada abad ke-14.
(2) godown — gudang
Sewaktu bangsa Eropah melawat daerah-daerah pelabuhan di sini, mereka mendapati wujud gudang atau ruang besar untuk menyimpan barang dagangan.
Inggeris menukar bunyi “gudang” kepada “godown” untuk maksud yang sama. Istilah Inggeris itu pertama kali digunakan pada 1552, beberapa dekad selepas Portugis berjaya menewaskan empayar Melaka.
(3) ketchup — kicap
Kicap dalam bahasa Melayu bermaksud “sos ikan” (atau budu?). Perkataan “ketchup” pertama kali dikesan digunakan sekitar 1690 di kalangan penutur bahasa Inggeris.
(4) cootie — kutu
Perkataan “kutu”, dan evolusi katanya, digunakan meluas di alam Melayu, termasuk di kawasan Asia Pasifik dan Asia Timur.
“Cootie”, yang bermaksud kutu di badan manusia, besar sekali kemungkinan ubahsuai perkataan Melayu, “kutu”. Ia dikesan pertama kali digunakan pada 1917 dalam rekod bahasa Inggeris.
(5) pangolin — pengguling (tenggiling)
Diadaptasi daripada perkataan Melayu iaitu pengguling, sejenis binatang yang menggulungkan badannya apabila ia berasa terancam. “Pangolin” pertama kali digunakan pada 1774.
(6) bamboo — bambu
Juga disebut “buluh” dalam bahasa Melayu, perkataan Inggeris ini pertama kali digunakan pada 1586.
(7) rattan — rotan
Seperti “bamboo”, kita boleh agak “rattan” diambil daripada perkataan Melayu kerana ia merujuk pokok menjalar yang, apabila dikeringkan, kuat dan tahan lama. “Rattan” pertama kali digunakan pada 1660.
(8) compound — kampung
Perkataan Inggeris ini sering diterjemah sebagai “halaman” atau kawasan perkampungan. Ia diambil dari perkataan Melayu, kampung, yakni kawasan yang didiami orang dan mempunyai binaan.
“Compound” dengan maksud itu pertama kali digunakan pada 1679. Bangsa-bangsa penjajah Eropah yang lain menyebut “campon” (Portugis) atau kampoeng (Belanda).
(9) junk — jong atau jon
Jong sejenis kapal yang digunakan meluas di Asia Tenggara. Melayu menyebutnya “jong”, sementara orang Jawa, “jon”.
“Junk”, merujuk sejenis pengangkutan air, pertama kali digunakan pada 1609. Perkataan lama Perancis (juncque), Portugis (junco) dan Belanda (jonk).
(10) amok — amuk
Perkataan pinjaman ini mungkin paling popular digunakan di dunia Barat, yakni merujuk tindakan liar yang dikaitkan dengan tekanan perasaan yang tidak mampu dikawal.
“Amuk,” seperti latah, sering dianggap gejala khusus masyarakat sebelah sini. Menurut kamus Oxford, “amok” awalnya digunakan bagi menggambarkan orang Melayu yang melakukan pembunuhan kejam. Ia dipercayai dipakai mulai pertengahan abad ke-17.
ABi
28.4.2020
TDI

Ulasan
Catat Ulasan