Sajak - Cerminan Hak

 Cerminan Hak


Biasan di cermin itu

Melampirkan

Senyuman yang dipaksakan

Barisan batang-batang tegar ceracak  memutih

Manis cantik

Menggilas  pencegah erosi hati tertanam 

Egois sekian lama

Kerana juga

Rasa kacak di aras telapak

Rasa bijak di aras minda otak

Harta ringgit berkepuk di bank cecupak


Dek itu...

Hati menyala api angkara melunakkan angkuh

Yang membakar wajah segak

Menghanguskan neuron-neuron bijak otak

Membenak merias lagak

Bagai langkah merak

Membias di khalayak

Lupa diri di jalanan yang Hak..


ABi

21.5.2020

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedikit Pengetahuan Bahasa Perbezaan MERASA dan BERASA

Sedikit Pengetahuan Bahasa Perbezaan antara `BOLEH’ dengan `DAPAT’

Sedikit Pengetahuan Bahasa Beza Jarang dengan Jarang-jarang