Sajak - Durian Ditebuk Tupai

 Durian Ditebuk Tupai


Gemersik geseran kasar dedaun berbunyi

Dari belebas bukit ini

Bedebuuuuk.....nasib baik sipi

Durian gugur di hujung kaki

Bergolek di banir mati,

berhenti

Membulat cantik mewangi

Harumnya menerewang ke alam hutan 

Menerabas ke kampung dan jalan


Duri Hitam...!

Udang Merah...!

Raja Musang...!


Ahhh...aku jahil kenal pasti

Bukan kepakaran diri


Kuhampiri

Durian itu kupegangi, kuusapi, kuciumi

Sayangnya durian itu ditebuk tupai

Katanya durian begitu enak berkualiti 

Kerana tupai pandai kenal pasti...


ABi

18.5.2020

TDI

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedikit Pengetahuan Bahasa Perbezaan MERASA dan BERASA

Sedikit Pengetahuan Bahasa Perbezaan antara `BOLEH’ dengan `DAPAT’

Sedikit Pengetahuan Bahasa Beza Jarang dengan Jarang-jarang