Sajak - Ego Kikirku

 Ego Kikirku


Aku jumpa kamu di tepi tembok kiosk itu

Aku berlalu bagai tak  nampak kelibatmu

Tika mengundur kereta

Tiba-tiba aku terpandang monitor di papan pemuka 

Aku menghampiri sisimu


.... Pak cik saya lapar

Kelopak matamu bergenang

Sayu di sebalik kopiah kusam usang

Kubuka dompet

Wang kertas lima puluh

Dan lima ringgit sahaja

Aku serah lima cuma

Diramas tanganku dicium lama-lama

Air mata kamu berjurai membasahi gengaman


Teringat aku pulut udang di kereta

Kamu menyambut dua biji pulut udang panas

dengan mata tertancap padaku sayu


Aku berlalu pergi dengan fikir bersimponggang

.......ehhhh mengapa lima

                    kenapa tidak lima puluh

Kuputar stereng berpatah balik

Dan pemuda itu sudah tiada kelibatnya

Yang ada plastik lusuh tinggalannya

Aku terlongo di papan pemuka...

....masih ada kikir di hati fakirku


....Monologku berkonflik

                Hatiku terjentik


ABI

9.6.2020

SP Plaza

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedikit Pengetahuan Bahasa Perbezaan MERASA dan BERASA

Sedikit Pengetahuan Bahasa Perbezaan antara `BOLEH’ dengan `DAPAT’

Sedikit Pengetahuan Bahasa Beza Jarang dengan Jarang-jarang