Sajak - Gadis Yang Bernama Komathy

 Gadis Yang Bernama Komathy


Senyumnya meminggirkan resah rasa

Lirik matanya persis mata kucing

Bercahaya menyinari hati nan rawan

Senyum melarih pipi yang manis

Titipan keluarga


Nukilan wajah sejajar indahnya diri

Dewi pelipur hati ayah bonda

Disaat raga lelah di dalam pengap dunia

Habis kata-kata untuk memuja dia

Kerana gadis itu umpama suria

Menyinar dunia ibu dunia bapa

Yang memuncak harapan


Anggun bahasa tubuh

Mencerminkan kedamaian

Suara merdu yang mengalun dari bibirmu

Sebagai nyanyian pengantar tidur

Murninya kebaikan hatimu

Tanpa sedikitpun tertoreh oleh kepalsuan


Tak pernah sekalipun malam

Yang gelap tanpa cahaya hatimu

Seolah semua cahaya bintang

Kini berada di matamu


Sosok yang memancarkan keindahan jiwa

Raga yang mencerminkan keanggunan

Tutur kata yang melontarkan kesopanan

Terucap dari bibir indah yang merona

Indah merekah bagai bunga mawar yang mekar

Di antara tajamnya duri semak belukar


Kebanggaan keluarga di pesada penjulangan

Dilepaskan mengecap erti alam bercabaran

Ibarat burung menongkah awan gemawan

Di sebaliknya dingin udara indah

Dicengkam angin panas bergelora

Terselit sembilu tajam

Dapat dikuak untuk menggenggam

Segulung kejayaan

Menunai janji keramat

Tidak gentar panah halilintar


Di serlah gugusan buah yang enak

Bekalan tuk diri gadis yang bernama Komathy

Bersama senyum peluk ayah bonda

Dan kamu kembang mekar di hati mereka...


ABi

TDI

18.5.2020

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedikit Pengetahuan Bahasa Perbezaan MERASA dan BERASA

Sedikit Pengetahuan Bahasa Perbezaan antara `BOLEH’ dengan `DAPAT’

Sedikit Pengetahuan Bahasa Beza Jarang dengan Jarang-jarang