Sajak - Hajarul Aswad di Pangsa Durian?!

 Hajarul Aswad di Pangsa Durian?!


Dicium dihidu berkali-berkali

Bertalu-talu diusap duri-duri

Walaupun tak mengerti

....nilai kualiti

Diuli bagai Hajar Aswad di pangkal duri


Aroma menggoda rasa

Haruman hutan menerobos kota desa

Sang pencinta durian menjadi tak keruan

Tak sedar kempis dompet dek haruman

......dek kelembutan baldu gebu nyaman


Raja buah yang megah

Kadang-kadang eksklusif mewah

Diangkat dijulang kalah emas tempawan

Tetap menjadi idaman rebutan

Rasa Khatulistiwa di tangkai Udang Merah

Di pelipis Duri Hitam atau Raja Musang

Berhenti di pinggir jalan 

Merayap berkilat BMW, Ford Mustang

Atau kapcai berasap cekang

Kerana godaan isi terserlah merekah

Kuning aiskrim atau perang kemerah-nerah

Penangan raja segala buah....


ABI

Pinggir Bakar Arang

7.6.2020

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedikit Pengetahuan Bahasa Perbezaan MERASA dan BERASA

Sedikit Pengetahuan Bahasa Perbezaan antara `BOLEH’ dengan `DAPAT’

Sedikit Pengetahuan Bahasa Beza Jarang dengan Jarang-jarang