Sajak - Hidayah Di Tabir Covid

 Hidayah Di Tabir Covid


Covid 19 menitipkan nur hidayah

Untuk seluruh umat bumi ini

Alam seolah-olah bersih seketika

Tanpa monoksida ketara

Hiruk pikuk kota raya reda sementara

Ekzos menjerit rempit kurang membingit

Mengurangkan muntahan cerobong industri


Isi alam diselimuti sunyi yang bererti

Mengajar fahami imam supaya waham

Mengukuh makna iman tanpa kecindan

Imarah rumah dengan ukhuwah dan nur sejadah

tika sujud berjemaah bersama keluarga

Menyantuni Allah penuh rafak sembah

kala masa melimpah bersama  mereka

penghulu kepada anak-anak isteri tersirna

Batas merentang sayang menjadi kurang 

Berwirid bertasbih menelaah al-Furqan

Menjadi lapang rengga waktu tak bersemu

Tiada terkocoh-kocoh buru-buru waktu


Covid 19 mengajar manusia budi bahasa

Memahami disiplin penjarakan sosial

Mengurangkan aktiviti malam

Menyusahkan kupu-kupu malam

Menyukarkan lepak di hujung kelam

Pub dan kelab sepi membungkam

Tidak lagi kalut bergelut perkara melalut

Pada bulan Ramadan


Covid 19 mengajak insan kembali kepada fitrah

Agar minda dan tingkah laku tidak dijarah

Agar faham galuran secara harfiah

Menyusun isi alam secara fitrah


Tuhan kirimkan lasykar halimunan

Lestarikan dunia seisi alam

yang kian rencam....


ABi

15.5.2020

TDI

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedikit Pengetahuan Bahasa Perbezaan MERASA dan BERASA

Sedikit Pengetahuan Bahasa Perbezaan antara `BOLEH’ dengan `DAPAT’

Sedikit Pengetahuan Bahasa Beza Jarang dengan Jarang-jarang