Sajak - Mahu Ayah

 Mahu Ayah


Seorang ayah...

   Mahukan anaknya lebih hebat daripadanya

   Mahukan anaknya lebih berjaya daripadanya

   Mahukan anaknya lebih senang daripadanya


Seorang ayah...

   Tidak mahu anaknya menderita

   Tidak mahu anaknya susah

   Tiada rentak gusar dan resah


Bahagia ayah melihat kejayaan anak

Bahagia ayah melihat kehebatan anak

Bangga ayah melihat anak berakhlak

Bahagia anak, kebahagiaan ayah


Ayah bagai bulan beranjak tua

Dan beransur lenyap di sebalik kelam malam

Membawa harapan terbungkus di dada

Agar menjadi mahkota berperada...

                                               di singgahsana.


ABI

Sungai Gelugor

2372020

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedikit Pengetahuan Bahasa Perbezaan MERASA dan BERASA

Sedikit Pengetahuan Bahasa Perbezaan antara `BOLEH’ dengan `DAPAT’

Sedikit Pengetahuan Bahasa Beza Jarang dengan Jarang-jarang