Sajak - Petunjuk

 Petunjuk


Jika hari ini kita makan nasi Arab, nasi Mandy

Esok tak tentu kita makan apa

Jika hari ini kita makan nasi Briyani

Esok tak pasti apa rezeki kita


Jika hari ini orang menadah tangan

dii pinggir jalan

Usah dilihat sebelah mata

Jika hari ini orang beratur panjang

di pajak gadai

Kita jangan diam sahaja

Itu bukan dugaan untuk mereka

Itu dugaan untuk kita jua

Ujian untuk semua


Jika esok kita menjadi mereka

Mungkin nasib lebih merana

Jika esok mereka menjadi kita

Mungkin rezeki lebih tersedia

Harta dan darjat bukan hak mutlak kita

Semuanya milik Yang Maha Esa


Itu kitaran menjadi pengajaran

Agar merujuk kitab kesedaran

Kerana petunjuk juga milik-Nya


ABi

TDI

6.5.2020

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedikit Pengetahuan Bahasa Perbezaan MERASA dan BERASA

Sedikit Pengetahuan Bahasa Perbezaan antara `BOLEH’ dengan `DAPAT’

Sedikit Pengetahuan Bahasa Beza Jarang dengan Jarang-jarang