Sedikit Catatan Pemikiran Anugerah Perkhidnatan Cemerlang (APC)

 Sedikit Catatan Pemikiran


Anugerah Perkhidnatan Cemerlang (APC)


...Rumah Siap Pahat Berbunyi...


Mengikut Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 2 Tahun 2002, syarat pemberian APC kepada seseorang pegawai telah termaktub dengan jelas.


Anugerah ialah pemberian. Jadi, tidak perlu dipersoalkan kerana nama pun pemberian walaupun dalam pekeliling kriteria APC diperincikan.


Asas Penilaian...

Pemilihan anggota yang layak adalah berpandukan kepada markah yang diperoleh dalam penilaian prestasi tahunan dengan menggunakan Borang Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang ditetapkan oleh Kerajaan. Anggota yang mendapat markah 85 peratus dan lebih adalah layak dipertimbangkan untuk menerima APC. 

Anggota yang memenuhi syarat-syarat layak dipertimbangkan untuk diberi APC oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia

(PPSM). 


Pemilihan di peringkat ini adalah berasaskan kepada penilaian PPSM ke atas sumbangan anggota berkenaan kepada organisasi, Perkhidmatan Awam, komuniti, daerah, negeri, negara dan peringkat antarabangsa.


Insentif dan hadiah APC adalah seperti berikut: 

(a) Sijil Perkhidmatan Cemerlang;

(b) hadiah prestasi sebanyak RM1,000;

(c) peluang dan keutamaan untuk memajukan kerjaya seperti menghadiri

kursus, seminar atau persidangan yang boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi kerja; 

(d) peluang dan keutamaan bagi pencalonan untuk menerima pingat,

bintang dan darjah kebesaran Persekutuan dan negeri; dan

(e) nama dan gambar penerima dipamerkan di pejabat di lokasi yang strategik atau yang biasa dikunjungi orang ramai.


Namun, ada yang tidak berpuas hati. Rumah siap pahat berbunyi. Apatah lagi yang belum pernah mendapat anugerah ini. Lagi menjengkelkan melihat rakan setugas berkali-kali naik ke pentas menerima pemberian ini.


Adakah kita layak? Satu persoalan yang kadang-kadang sangat subjektif. Adakah wujud pilih bulu / pilih kasih atau menepati kriteria yang ditetapkan?, Atau sekadar ihsan kerana hampir pencen atau sesudah pencen. Atau diberi kepada sesiapa sahaja yang belum pernah mendapat anugerah walaupun kualiti kerjanya tidak seberapa.


Sementara itu pihak pengurusan dan AJK pemilihan perlulah cuba seadil mungkin. Memang sukar tetapi jawatan kuasa perlu merujuk kriteria yang ditetapkan JPA sebagai garis panduan dan memudahkan pemilihan. Adakah sistem undian itu tepat?. Atau jawatan kuasa terlalu luwes?


APC secara tidak langsung menjadi motivasi kepada penjawat awam jika dikendalikan dengan ampuh. Pada masa yang sama juga menjadi konflik tersembunyi dalam organisasi. Tidak kurang menjadi isu yang meletup dan menjadi dilema kepada majikan dan pentadbir.


Sebagai penjawat awam kita mesti bertanya diri sendiri, adakah kita layak? Tidak perlu cemburu jika rakan kita kerap menerima rezeki anugerah. Tidak marah-marah dan protes secara terbuka atau diam-diam menghentam pihak pentadbir dan organisasi.  Lagi pun anugerah cemerlang tidak menetapkan bilangan penerimaan anugerah. 

Kita berkerja kerana Allah, berkhidnat untuk negara. Hadamkan Tonggak 12 dan Aku Janji kita sebagai penjawat awam.


ABI

18.7.2020 ...Sungai Petani

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedikit Pengetahuan Bahasa Perbezaan MERASA dan BERASA

Sedikit Pengetahuan Bahasa Perbezaan antara `BOLEH’ dengan `DAPAT’

Sedikit Pengetahuan Bahasa Beza Jarang dengan Jarang-jarang