Sedikit Catatan Pemikiran Tugas Hakiki Guru / Pensyarah

 Sedikit Catatan Pemikiran


Tugas Hakiki Guru / Pensyarah


Adiguru, Mahaguru, Pendeta, Munsyi, Guru Kanan, Pensyarah Kanan wahima Profesor atau Dekan, Lantikan DG (Didik Guru) dan DS (Didik Siswa) berasaskan tugas hakiki yakni mengajar pelajar yang menjadi pelanggan utama. Pusatan tanggungjawab kepada mereka. Sama ada pedagogi atau andragogi. Digaul, direneh segala teori dan praktikal untuk kemantapan dan kemenjadian anak didik atau siswa. Di samping pemantapan pengajaran dengan sokongan melakukan kajian, penyelidikan, inovasi, kreatif, kritis,penulisan atau pembentangan.


Menggunakan domain pembelajaran yang klasik, yang diperkenalkan oleh Bloom sejak 1956. Taksonomi Bloom ini ditambah baik oleh pakar-pakar terkini. 


Domain bermaksud pengkelasan atau kumpulan atau liputan bagi sesuatu yg dibincangkan atau bagi sesuatu masalah yg hendak diselesaikan. 

Taksonomi bermaksud kajian  prinsip, peraturan, dan amalan dlm pengelasan organisma hidup berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu.


DOMAIN PEMBELAJARAN (BLOOM'S TAXONOMY)

Taksonomi Bloom telah diperkenalkan  pada tahun 1956 oleh  ahli psikologi pendidikan Dr Benjamin Bloom untuk menggalakkan bentuk pemikiran yang tinggi dalam pendidikan, seperti menganalisis dan menilai, dan bukannya hanya mengingati fakta (pembelajaran hafalan).


Tiga jenis pembelajaran

Bloom (1956) telah memperkenalkan tiga domain dalam aktiviti pengajaran atau pembelajaran:

Kognitif: kemahiran mental (Pengetahuan)

Afektif: perkembangan perasaan atau emosi (Sikap)

Psikomotor: kemahiran fizikal (Kemahiran)


Domain boleh dianggap sebagai kategori. Jurulatih dan guru sering merujuk kepada ketiga-tiga kategori ini iaitu Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap. Domain ini adalah taksonomi tingkah laku pembelajaran yang boleh dianggap sebagai "matlamat proses pembelajaran." Iaitu, selepas episod pembelajaran, pelajar seharusnya telah memperoleh kemahiran baru, pengetahuan, dan atau sikap.


Walau bagaimanapun, taksonomi Bloom adalah mudah difahami dan mungkin salah satu aspek yang paling digunakan secara meluas masa kini.

Tugas hakiki guru / pensyarah adalah memberi kefahaman yang jelas kepada pelanggan iaitu pelajar terutama pemahaman dan kemahiran psikomotor . Itulah menjadi objektif utama seorang pengajar.


Dalam masa yang sama, ranah (lingkungan/bidang) kemahiran afektif (sikap) tidak diabaikan. Begitu juga ranah kemahiran mental (pengetahuan). Ringkasnya IQ, EQ dan SQ mesti disepadukan. 

Guru-guru dan pensyarah sudah hadam perkara ini dan dicernakan dalam proses pengajaran dan penbelajaran. 


Tidak dikesampingkan kokurikulum yang dapat menyuburkan modal insan atau kemenjadian pelajar dari segi keyakinan, kepimpinan, ilmu pengetahuan dan kemahiran di luar kelas. Pendidikan diterapkan dalam aktiviti pembelajran atau merentasi kurikulum


Natijahnya, tugas guru / pensyarah mesti berfokus dan  tidak menyimpang daripada tugas hakiki. Tidak banyak kepada tugas- tugas pengkeranian, pemfailan, sambutan majlis atau hal-hal ‘kosmetik’ seperti hiasan itu dan ini yang melampau. Elakkan berebut untuk jawatan atau ingin menjadi pentadbir sehingga mengabaikan tugas utama. Pendidik sejati pelajar dipeduli.


ABI

2472020...Jab. Hal Ehwal Pelajar. IPGKPP

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedikit Pengetahuan Bahasa Perbezaan MERASA dan BERASA

Sedikit Pengetahuan Bahasa Perbezaan antara `BOLEH’ dengan `DAPAT’

Sedikit Pengetahuan Bahasa Beza Jarang dengan Jarang-jarang