Sedikit Pengetahuan Bahasa BEZA SEBAB DAN KERANA
Sedikit Pengetahuan Bahasa
BEZA SEBAB DAN KERANA
OLEH KERANA. (Salah)
OLEH SEBAB. (Betul)
Sebenarnya, perkataan "sebab" dan "kerana" berbeza dari segi golongan katanya. Perkataan "sebab" ialah kata nama, manakala perkataan "kerana" ialah kata hubung pancangan keterangan.
Perkataan "sebab" boleh dijadikan kata hubung dengan syarat disertakan kata sendi nama "oleh" untuk menjadi frasa sendi nama "oleh sebab" yang membawa maksud "kerana". Oleh itu, frasa yang betul ialah "oleh sebab" dan bukannya "oleh kerana".
Contohnya:
1a. Ayah tidak hadir ke pejabat kerana demam. (√)
1b. Ayah tidak hadir ke pejabat oleh kerana demam. (X)
1c. Ayah tidak hadir ke pejabat sebab demam. (X)
1d. Ayah tidak hadir ke pejabat oleh sebab demam. (√)
2a. Oleh sebab tidak mempunyai wang, dia tidak mengikuti wisata ilmu ke Thailand. (√)
2b. Oleh kerana tidak mempunyai wang, dia tidak mengikuti wisata ilmu ke Thailand. (X)
2c. Kerana tidak mempunyai wang, dia tidak mengikuti wisata ilmu ke Thailand. (√)
2d. Sebab tidak mempunyai wang, dia tidak mengikuti wisata ilmu ke Thailand. (X)
3a. Oleh sebab sering berlaku kemalangan, jalan itu dijadikan jalan sehala. (√)
3b. Oleh kerana sering berlaku kemalangan, jalan itu dijadikan jalan sehala. (X)
3c. Kerana sering berlaku kemalangan, jalan itu dijadikan jalan sehala. (√)
3d. Sebab sering berlaku kemalangan, jalan itu dijadikan jalan sehala. (X)
ABI
29719
Hoshin Learning Center
Ulasan
Catat Ulasan