Sedikit Pengetahuan Bahasa KATA PENGUAT + KATA ADJEKTIF

 Sedikit Pengetahuan Bahasa


KATA PENGUAT + KATA ADJEKTIF


Kata adjektif boleh dikenal pasti apabila sesuatu kata itu boleh menerima kata penguat. Kata penguat ada tiga jenis iaitu kata penguat hadapan yang hadir sebelum kata adjektif, kata penguat belakang yang hadir selepas kata adjektif dan kata penguat bebas yang hadir sebelum atau selepas kata adjektif.


Kata Penguat Hadapan


Cukup, kurang, terlalu, paling, agak, begitu, demikian, lebih


Contoh ayat:


   i. Pokok di belakang rumah Rahman  terlalu rendang.


   ii. Masakan ibunya paling  sedap.


   iii. Lukisan  itu agak cantik.


Kata Penguat Belakang


sekali, benar, nian, betul


Contoh ayat:


   i. Kelakuan budak-budak itu nakal  sekali.


   ii. Rumah di atas bukit itu cantik  betul.


   iii. Pemandangan di situ indah nian.


Kata Penguat Bebas 


amat, sangat, sungguh

Contoh ayat:


   i. Pakaian pemuda itu amat kemas.


   ii.Pakaian pemuda itu kemas amat.


   iii. Sungai itu dalam sangat.


  iv.Sungai itu   sangat dalam.      


Terdapat dua kata penguat yang boleh hadir berturut-turut sebelum kata adjektif.


                Contoh; 


                               terlalu amat


                               terlalu sangat


                               sungguh amat


                               agak kurang


                               sungguh kurang


                               amat sungguh


Contoh ayat;


i.Emaknya meninggal dunia kerana terlalu amat terkejut apabila mendapat berita kemalangan anaknya.


ii. Anaknya menjadi manja apabila terlalu sangat diberi muka.


Kata Penguat Bebas

Amat, Sangat, Sungguh

( Boleh digunakan dengan Kata Penguat Belakang....Sekali)


Cth:


Dia sangat cantik sekali✓

Dia sungguh cantik sekali✓

Dia amat cantik sekali✓


Dia paling cantik sekali (salah)


ABi.....18.9.17....Hoshin

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedikit Pengetahuan Bahasa Perbezaan MERASA dan BERASA

Sedikit Pengetahuan Bahasa Perbezaan antara `BOLEH’ dengan `DAPAT’

Sedikit Pengetahuan Bahasa Beza Jarang dengan Jarang-jarang