Sedikit Pengetahuan Bahasa Perbezaan Kata Arah dan Kata Tunjuk
Sedikit Pengetahuan Bahasa
Perbezaan Kata Arah dan Kata Tunjuk
## Kata Arah
Kata arah ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan arah, hala atau jurusan.
Kata arah memberitahu arah tempat di mana sesuatu benda itu berada.
Contoh:
atas. bawah. kiri. kanan. hadapan. belakang
timur. barat. hujung. hulu. pangkal. pinggir
puncak. antara. samping. sebelah. sebalik
seberang. segi. sekitar. utara. selatan. sisi
sudut. tengah. tepi. sekeliling. hilir. celah
bucu
Nota:
Kata arah mesti didahului oleh kata sendi nama di, ke dan dari.
Kata sendi nama di dan ke mesti ditulis terpisah daripada kata arah.
Contoh ayat:
Kereta api itu menuju ke timur.
Si Comel melompat dari atas bumbung rumah.
Rumah itu terletak di antara dua bangunan kedai.
Ibu saya menanam pokok bunga kertas di sekeliling kolam itu.
## Kata Tunjuk
1. Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu, misalnya benda, tempat, haiwan dan manusia.
Contoh : INI, ITU, SANA, SINI, BEGINI, BEGITU
2. terdapat dua kata ganti nama tunjuk, iaitu ini dan itu. Ini digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang dekat manakala itu digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang jauh.
Contoh ayat:
(a) Meja yang bulat ini dibeli pada tahun lepas oleh ayah.
(b) Pelajar-pelajar itu sering berbincang di kantin semasa rehat.
(c) Kawasan perkampungan ini sedang dibangunkan oleh pihak swasta.
(d) Pulau itu kelihatan samar-samar sahaja jika dipandang dari sini.
(e) Roti yang terhidang di atas meja itu untuk tetamunya.
3. Kata ganti nama tunjuk mempunyai dua fungsi, iaitu:
(a) sebagai penentu
(b) sebagai subjek ayat
Contoh ayat :
(a) Kapal terbang itu sedang mendarat.
(b) Mereka tinggal di kampung ini.
ABI
14.5.2020
TDI
Ulasan
Catat Ulasan