Rasuah Membarah Integriti Musnah Usah laungkan budaya cemerlang, usah bercakap negara hebat, tidak perlu wawasan menjulang jika rasuah seperti duri di dalam daging. Jika rasuah umpama api di dalam sekam. Merobok dalam sistem organisasi negara. Sistem kehidupan musnah, jentera kerajaan goyah. Dari peringkat peneraju politik sehingga ke peringkat ketua jabatan, penguatkuasa, pihak swasta wahima mat rempit atau pak lebai di kampung pernah ada isu rasuah dan integriti. Duit kopi, Tumbuk Rusuk, Makan Suap, Duit Tepi atau apa-apa nama dan panggilan pun tetap salah dan terkutuk dalam kehidupan sama ada dalam agama dan nilai moral. Meminta / menerima rasuah (Akta SPRM seksyen 16 dan 17), menawar / memberi rasuah (Seksyen 17), membuat tuntutan palsu (Seksyen 18), dan menyalahgunakan jawatan / kedudukan (Seksyen 23) ialah jenis-jenis rasuah yang berlaku di seantero dunia. Seksyen 3 Akta SPRM 2009 menyatakan dengan jelas bahawa: - wang, derma, pinjaman, hadiah - jawatan, kebesara...