Sedikit Catatan Pemikiran Anugerah Perkhidnatan Cemerlang (APC)
Sedikit Catatan Pemikiran Anugerah Perkhidnatan Cemerlang (APC) ...Rumah Siap Pahat Berbunyi... Mengikut Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 2 Tahun 2002, syarat pemberian APC kepada seseorang pegawai telah termaktub dengan jelas. Anugerah ialah pemberian. Jadi, tidak perlu dipersoalkan kerana nama pun pemberian walaupun dalam pekeliling kriteria APC diperincikan. Asas Penilaian... Pemilihan anggota yang layak adalah berpandukan kepada markah yang diperoleh dalam penilaian prestasi tahunan dengan menggunakan Borang Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang ditetapkan oleh Kerajaan. Anggota yang mendapat markah 85 peratus dan lebih adalah layak dipertimbangkan untuk menerima APC. Anggota yang memenuhi syarat-syarat layak dipertimbangkan untuk diberi APC oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM). Pemilihan di peringkat ini adalah berasaskan kepada penilaian PPSM ke atas sumbangan anggota berkenaan kepada organisasi, Perkhidmatan Awam, komuniti, daerah, nege...