Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2020

Sajak - Tiada Siaga

Tiada Siaga Menapak tanpa kaus Langkah tanpa arah tuju Sesat dalam terang cahaya Menggaru kepala yang tidak gatal Terkial-kial mencari jawapan yang tiada Tidak bersedia belum bersiaga Sudahnya lelah dalam sihat Alga muncul dalam minda Jelaga meresah hati Terlena dalam pelukan dosa Harap kerdipan sinar di hujung terowong Abi Pagoh 21.2.2020

Sajak - Khabar Untukmu Adik

Khabar Untukmu Adik Hari ini Anak perempuanmu Selamat diijabkabulkan Anak sulungmu menjadi wali Kerana tanpamu di sisi Emak kita menyaksikan detik itu Adik beradik kita turut serta bersama Anak-anakmu juga ada Semua kesayanganmu ada Meriah walaupun kamu tiada Tahniah kerana kamu sudah bermenantu Alangkah meriah lagi Alangkah bertambah seri Jika kamu bersama Tapi Tuhan menyayangimu Tinggallah kami merindui kamu Moga anak-anakmu bahagia Kami titipkan doa untukmu adik Sepanjang waktu setiap detik Agar Allah merahmati rohmu Meredai amal ibadahmu dulu Percayalah Emak sentiasa berbicara tentang kamu Emak sentiasa merindui kamu Kesihatan emak makin terganggu Namun, Doanya tak habis-habis untuk kita, untuk kamu Moga kamu tenang di sana Moga kamu sejahtera di sana Harap suatu masa nanti kita bersama di sana Bersama ayah Bersama emak Bersama adik beradik, sanak saudara... Aminn! ABi 21.2.2020 Pengeli Timur

Sajak - Kotorkah Politik?

Kotorkah Politik? Atau yang kotor itu politikus Maruah dan moral di longkang Dikaut dicedok ke dalam balang Dipuja dan dijulang sampai terjelang Terbilang dikarang-karang Perjuangan untuk kepentingan siapa? Tak habis-habis berpolitik jelik Penuh putar belit Masyarakat terbelit Kesejahteraan rakyat terhimpit Oposisi kalut mencaci Pertahanan sibuk bela diri Masyarakat muak dan berorasi Persekusi kian menjadi-jadi Tiba-tiba sesetengah oposisi bersama pemerintah negeri bersatu hati Katanya itu strategi Harus dihormati Terpinga-pinga anak negeri Apa yang terjadi? Di mana kertas undi yang diberi? Yang diundi bertukar strategi bertukar entiti Di angkat perwakilan rakyat Namun hidup tak merakyat Kepercayaan terjual oleh pangkat Hidup bagaikan dewa Hidup atas penderitaan rakyat biasa Tak peduli sesama Bahagia mereka Duduk manis di gedung dingin Di mahligai indah hasrat tiada terhalang Nyaman kerusi membuat jati diri mereka hilang Keluarga politikus tiada y...

Sajak - Dalam Politik

Dalam Politik Jangan mencari realistik Jangan mencari idealistik Usah dicari keikhlasan Usah dicari kejujuran Hari ini kawan esok musuh-musuhan Hari ini musuh esok kawan-kawanan Yang pasti mesti bijak muslihat Yang pasti mesti tahu sakat menyakat Yang pasti mesti pandai cetus isu Cerdik mengandai cerdik menyakai Cerdik menangkis cerdik menepis Politik matang mesti tahu terajang sepak Mesti buat-buat pekak Tahu cara memekak melalak Berpolitik mesti bijak pijak-memijak Silap pijak bersedia dipijak-pijak Kena pintar mencongak Tahu campur bahagi tolak Kulit harus tebal muka harus kebal Tahu tipu tahu pencak bersilat Tahu cara baik tahu cara jahat Tahu capahan mengelat tahu mengulat Tahu mengambil peluang dan ruang Bijak mengambil kesempatan Bijak mengaut keuntungan Catur politik catur aras tinggi Pandai mengambil pandai memberi Kadang-kadang harus bijak mencuri Kadang-kadang kejam kekadang baik hati Tahu menari di atas onak duri Tahu melunaki hipokrasi ...

Sajak - Politik Kedai Kopi

Politik Kedai Kopi Dammmmm... Meja dihentak Ribut di cawan kopi Bergelocak termercik Airnya tumpah Terkena baju seluar Cemar... Menyumpah... Kaunter tak rugi Meja tak berubah Penjaga kaunter terus dengan tugas Tauke pastikan simpan kira betul ABi 28.2.2020

Sajak - Politik Pura-pura

Politik Pura-pura Jika guru kencing berdiri Murid kencing berlari Jika pemimpin kencing berlompat Rakyat kencing tersekat-sekat Nasihat rakyat kencing  bertempat Ucap utama hebat berkias ibarat "Encik, tuan puan, adik kakak yang saya hormat" Maka... Rakyat di bawah pura-pura berhemah berhemat Di sebalik, hati cetus meluat                                       maki musibat Pemimpin selayak ibarat keparat Malu jika seorang pemimpin hipokrasi..           bercakap integriti Segan jika seorang menteri boleh dijual beli           berbicara nilai murni           berbincang jati diri           pemimpin penting kediri Rakyat sakit hati, masyarakat tercuak benci Yang tua cerminan yang muda Yang lama suluhan yang baharu Jika... Lawak tua, muda muak Kelaku khalayak haprak...

Sedikit Pengetahuan Bahasa KESALAHAN KATA SENDI NAMA YANG SERING DILAKUKAN

Sedikit Pengetahuan Bahasa KESALAHAN KATA SENDI NAMA YANG SERING DILAKUKAN 1. ...... diperbuat dari plastik❌ ...... diperbuat daripada plastik✅ 2. ...... diambil daripada Johor❌ ...... diambil dari Johor✅ 3. ...... datang daripada pintu utama❌ ...... datang dari pintu utama✅ 4. ...... surat dari pihak sekolah❌ ...... surat daripada pihak sekolah✅ 5. ......keuntungan dari jualan❌ ...... keuntungan daripada jualan✅ 6. ...... lebih cantik dari beg ini❌ ...... lebih cantik daripada beg ini✅ 7. ...... bermula daripada lapan pagi ❌ ...... bermula dari lapan pagi✅ 8. ...... terdiri dari dua orang❌ ...... terdiri daripada dua orang✅ 9. ...... hadiah dari adik❌ ...... hadiah daripada adik✅ 10. ...... bergantung kepada keadaan❌ ...... bergantung pada keadaan✅ 11. ...... dari merah ke hijau❌ ...... daripada merah kepada hijau✅ 12. ...... dari rugi banyak baik rugi sedikit❌ ...... daripada rugi banyak baik rugi sedikit✅ 13. ...... memberikan buku ke adik❌ ...

Sedikit Pengetahuan Bahasa KESALAHAN FRASA KERJA PASIF

Sedikit Pengetahuan Bahasa KESALAHAN FRASA KERJA PASIF ##  Kata Ganti Nama Pertama Saya, aku, beta, patik, hamba, kami, kita ##  Kata Ganti Nama Kedua Awak, kamu, engkau, anda, saudara, saudari, tuan hamba, kalian Tidak boleh dipasifkan dengan imbuhan di..oleh atau di.. ##  Kata Ganti Nama Ketiga Dia, ia, mereka, nya, Ahmad, Ramasami, Dipasifkan dengan imbuhan di..oleh atau di.. Contoh 1. ...... dihormati oleh kita ❌ ...... kita hormati ✅ 2. ...... mereka ganggu ❌ ...... diganggu oleh mereka ✅ ...... diganggu mereka ✅ 3. ...... dipersembahkan oleh kami ❌ ...... kami persembahkan ✅ 4. ...... ditulis oleh saya ❌ ...... saya tulis ✅ 5. ...... Perdana Menteri rasmikan ❌ ...... dirasmikan oleh Perdana Menteri ✅ ...... dirasmikan Perdana Menteri ✅ 6. ...... pengetua sampaikan ❌ ...... disampaikan oleh pengetua ✅ ...... disampaikan pengetua ✅ 7. ...... ditunjukkan oleh kalian ❌ ...... kalian tunjukkan ✅ 8. ...... dihantar oleh hamba ❌ ...

Sajak - Mata-mata Bernata Berhati

(Untuk semua anggota polis) Mata-mata Bernata Berhati Dinihari jasadmu terkujur Terbujur kaku terperosok  di bawah kereta sasa Mendingin sedingin subuh Ramadan nan bening Pergi pasti tak kembali menjadi sejarah PKP Secebis segmen tragis pasti dilupai ditelan waktu Kamu wira yang tidak didendangkan, ditalunkan Wira barisan hadapan yang akan dilupakan Di perbatasan yang tiada sempadan Kerana itu sekelumit peristiwa yang tidak gah Tiada panji-panji separuh tiang Kerana kamu  bukan tokoh Kerana kamu bukan individu hebat Bukan selebriti bukan taikun konglomerat 'Hebat lagi pencandat alkohol bermadat' Yang diberi sengat untuk menyengat Yang mungkin menang di batas perundangan Sesetengah mereka itu hanya tahu menggerutu Dengan sudut mata pandang sinikal berbulu Kerana kaca mata mereka kelabu Seolah kotak fikir mereka dungu Membuat kesimpulan dari kalbu ungu ....Pak polis dianggap begitu ....Pak polis itu anjing, hantu ....samseng berlesen  dan makan s...

Sajak - Nostalgia Aih Ketui

Nostalgia Aih Ketui Petang  posa pukui 5 Naik gerek di bataih ban Berdebu, berkelaraih kaki Slipar Jepun putuih ikat tali rapia Dari Aloq Belat, dari Lahaq Budi Ke Tokai penuh mengerumuni kedai Cina Asai Beli aih ketui sekupang atau dua kupang Asai berseluar pendek singlet Mengerat aih kalut tak menang tangan Campoq sekam atau serdak kayu Menyerit mengayuh balik penat Aih dibasuh dikatok buat sirap biji selasih Atau bancuh ayaq lengkong Atau ayaq lemenet untuk berbuka Sambil menunggu di tandop tali ayaq Menunggu meriam ditembak di Aloq Staq Tanda waktu berbuka posa Berkole ayaq dilanggah Aih dikulum meleleh ayaq di lengan Lebihan aih ketui disimpan bersama sekam Di dalam gundi di dalam lubang tanah Buleh diguna untuk soq pagi esok Nostalgia aih ketui kekal di ingatan Abi 3.5.2020 TDI

Sajak - Mencari Lailatul Qadar

Mencari Lailatul Qadar Ramadan datang lagi Menebar sayap syahdunya di seluruh alam dalam kepedihan wabak yang kelam Terdengar suara azan sayup-sayup di corong- corong menaret masjid Yang kosong rentang membentang Rindu sejadah pada dahi-dahi jemaah Esakan permaidani yang tidak nampak Hilang di lembayung kubah Mimbar bertafakur kesunyian Membungkam sedih hati-hati jemaah Sepertiga malam Ramadan Mencari lailatul qadar di kerdip qiamullail di ruang-ruang mushola rumah seluruh kariah Sukar lagi mencari reda-Nya Di sepanjang perjalanan hayat Merendah diri merafak sembah kepada-Nya Dengan detik nadi alir ibadah Sahur hentikan tidur Iftar hentikan lapar Yang wajib hak al Mujib Yang sunat rimbunan khafiat Tadarus merangsang jiwa mulus Terawih melentur jerih menyubur gigih Bersemayam di pesona iman Menitiskan titisan air mata keinsafan Tentang kerdilnya sang insan Menyongsong taubat di sebalik munajat Menitip keampunan tulus abadi Agar hamparan iktikaf diterima...

Sedikit Pengetahuan Bahasa PERIBAHASA

Sedikit Pengetahuan Bahasa PERIBAHASA (kiasan) Definisi : perkataan atau ungkapan yg digunakan dlm makna yg berlainan drpd makna sebenar atau makna biasa perkataan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat) Peribahasa boleh dikatakan kiasan. Peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar, bijak perkataannya dan senang difahami Ada unsur pengajaran, sinis atau sindiran, nasihat, teladan atau teguran Peribahasa terdiri: 1. Simpulan Bahasa 2. Bandingan semacam / Perbandingan 3. Perumpamaan 4. Pepatah 5. Bidalan 6. Kata-kata hikmat 1. Simpulan Bahasa = terdiri drpd dua perkataan Contoh: Kaki Bangku, Ulat Buku, Kepala Batu 2. Bandingan Semacam= terdiri drpd tiga perkataan (Boleh guna perkataan seperti, macam, bagai, ibarat, umpama, bak, persis, laksana di tengah-tengah Bandingan Semacam) Contoh: Bodoh seperti lembu, cerdik umpama kancil, Cantik bak bidadari 3. Perumpamaan= Di hadapan dimulakan dengan perkataan seper...

Sajak - Dosa Hijab

Dosa Hijab Jilbabmu di punggung Pakaianmu telanjang di pundak Niqabmu koyak rabak Kerudung baju dan celanamu berbogel di mana-mana Di panggung ampaian dosa Di pentas petarana terbuka Di auditorium pasar raya terjaja Bergentayangan menonjol ria Ketat mengeliat Padat mengenjat Anjal mengenjal Liuk melintuk Terbuka ternganga Munggil merangsang sang ababil Lantunan derap langkah kucing Bagai magnet medan tumpuan Menarik langkah pendosa Mengumpan mata-mata buntang Mencuri-curi pandang Kerlingan keranjang Yang meleraikan tasbih iman Gugur satu persatu ke lantaian Hilang bebiji butiran Ke dalam kaus rabak kering kontang ABi 6.5.2020 TDI

-Sajak - Petunjuk

Petunjuk Jika hari ini kita makan nasi Arab, nasi Mandy Esok tak tentu kita makan apa Jika hari ini kita makan nasi Briyani Esok tak pasti apa rezeki kita Jika hari ini orang menadah tangan dii pinggir jalan Usah dilihat sebelah mata Jika hari ini orang beratur panjang di pajak gadai Kita jangan diam sahaja Itu bukan dugaan untuk mereka Itu dugaan untuk kita jua Ujian untuk semua Jika esok kita menjadi mereka Mungkin nasib lebih merana Jika esok mereka menjadi kita Mungkin rezeki lebih tersedia Harta dan darjat bukan hak mutlak kita Semuanya milik Yang Maha Esa Itu kitaran menjadi pengajaran Agar merujuk kitab kesedaran Kerana petunjuk juga milik-Nya ABi TDI 6.5.2020

Sedikit Pengetahuan Bahasa BAHASA ISTANA

Sedikit Pengetahuan Bahasa BAHASA ISTANA # Bahasa Istana # Bahasa Biasa Almarhum Allahyarham ampun kurnia maaf anugerah beri; hadiah baginda dia (rakyat menyapa raja) beradu tidur berangkat berlepas; bertolak bercemar duli berjalan; pergi ke berkenan sudi; suka akan berputera beranak; bersalin bersabda berkata bersiram mandi bertitah berkata beta saya (raja) daulat bahagia gering sakit hari keputeraan hari jadi hulu kepala iram-iram payung kaus kasut kurnia beri; hadiah mahkota topi makam kubur mangkat mati; meninggal dunia menghadap menjumpai murka marah patik saya (rakyat menghadap raja) peraduan tempat tidur permaisuri isteri putera anak lelaki puteri anak perempuan santap makan semayam duduk; tinggal sembah memberi salam singgahsana kerusi titah kata; perintah ABi 7.5.2020 TDI

Sedikit Pengetahuan Bahasa KESALAHAN FRASA KERJA PASIF

Sedikit Pengetahuan Bahasa KESALAHAN FRASA KERJA PASIF ##  Kata Ganti Nama Pertama Saya, aku, beta, patik, hamba, kami, kita ##  Kata Ganti Nama Kedua Awak, kamu, engkau, anda, saudara, saudari, tuan hamba, kalian Tidak boleh dipasifkan dengan imbuhan di..oleh atau di.. ##  Kata Ganti Nama Ketiga Dia, ia, mereka, nya, Ahmad, Ramasami, Dipasifkan dengan imbuhan di..oleh atau di.. Contoh 1. ...... dihormati oleh kita ❌ ...... kita hormati ✅ 2. ...... mereka ganggu ❌ ...... diganggu oleh mereka ✅ ...... diganggu mereka ✅ 3. ...... dipersembahkan oleh kami ❌ ...... kami persembahkan ✅ 4. ...... ditulis oleh saya ❌ ...... saya tulis ✅ 5. ...... Perdana Menteri rasmikan ❌ ...... dirasmikan oleh Perdana Menteri ✅ ...... dirasmikan Perdana Menteri ✅ 6. ...... pengetua sampaikan ❌ ...... disampaikan oleh pengetua ✅ ...... disampaikan pengetua ✅ 7. ...... ditunjukkan oleh kalian ❌ ...... kalian tunjukkan ✅ 8. ...... dihantar oleh hamba ...

Sajak - Islam Berakhlak, Berakhlak Islam

Islam Berakhlak, Berakhlak Islam Kita hina orang kita Kita maki orang kita Kita kafirkan orang kita Kita tak berdakwah, kita berdakyah Kita tak berpentunjuk, kita menunjuk-nunjuk Kita tak menjelaskan hukum, kita menghukum Menuduh wahbi, mencerca syiah Itu bukan sufi, itu bid'ah Tak ikut nabi, tak ikut sunah Menu aqidah, tauhid, feqah bukan bernyanyi juah Tasawuf bukan enteng tidak mudah Usuludin bermakrifat penuh kafiat Islamkah politik kita? Atau Kita mempolitikkan Islam? Ayat kita ayat berkait Bahasa kita bahasa yang sakit Akhlak kita akhlak tergigit Yang mendengar tak terjelekit Patah anduh patah pengait Islam sayang kita Allah sayang kita Allah sayang kafir Allah tidak fakir Allah tidak kikir Orang lain bersantun Bahasa tertalun Agama menyantun Kafir dituntun Kalimah tauhid terlantun Iktikad terpantun Indahnya Islam Bukan rencah halal menuduh haram Islam mudah tidak susah Yang payah umat tiada hidayah Mulut berdakwah madah berhelah Be...
Sedikit Pengetahuan Bahasa KESALAHAN KATA SENDI NAMA YANG SERING DILAKUKAN 1. ...... diperbuat dari plastik❌ ...... diperbuat daripada plastik✅ 2. ...... diambil daripada Johor❌ ...... diambil dari Johor✅ 3. ...... datang daripada pintu utama❌ ...... datang dari pintu utama✅ 4. ...... surat dari pihak sekolah❌ ...... surat daripada pihak sekolah✅ 5. ......keuntungan dari jualan❌ ...... keuntungan daripada jualan✅ 6. ...... lebih cantik dari beg ini❌ ...... lebih cantik daripada beg ini✅ 7. ...... bermula daripada lapan pagi ❌ ...... bermula dari lapan pagi✅ 8. ...... terdiri dari dua orang❌ ...... terdiri daripada dua orang✅ 9. ...... hadiah dari adik❌ ...... hadiah daripada adik✅ 10. ...... bergantung kepada keadaan❌ ...... bergantung pada keadaan✅ 11. ...... dari merah ke hijau❌ ...... daripada merah kepada hijau✅ 12. ...... dari rugi banyak baik rugi sedikit❌ ...... daripada rugi banyak baik rugi sedikit✅ 13. ...... memberikan buku ke adik...

Sajak - Menunggu Hujan

Menunggu Hujan Titik-titik dingin dinanti Tika panas menjerit menggigit kulit Tika hangat merengsa pelipis Menikam haba di liang roma Menokak tengkorak kepala Menjadi hamis dan hangit Melenjakan keringat masin Membasahi gigi rambut Berbutir di sudur cuping hidung Melekit di belikat                Di pelipat ketiak, pelipat kelangkang Resah dan rimas Membayangkan gerimis membelai pipi Merenjis dingin tubuh kehangatan Renyai butir-butir mutiara memercik pundak Ke rerambut Lalu mengalir ke bibir Menelusuri leher, bahu dan ke longkang Temulang belakang Ke alur punggung Meresap ke kaki lalu menitis di jemari Melecun seluruh tubuh Basah baju Melekap di badan Menggiur indah dalam kedinginan Nikmat sejuk kurniaan Tuhan Menanti hujan Yang menempias pelangi Yang merenjis dedaunan Menyelubungi alam berhaba dengan jutaan mutiara    ...yang sejuk nyaman Menyiram alam dari cemar Flora fauna menjadi segar-bugar Me...

Sajak - Pintu Bukan Satu

Pintu Bukan Satu Dari pintu ke pintu Tidak dilangsiri Pintu terkuak tertutup Setiap waktu Oleh tangan-tangan mereka Yang melewatimu Dedaun pintu Tidak dikunci Depan belakang dimasuki Pintu depan tiada kunci Pintu belakang pintu sisi dicari Secara curi-curi Secara mengakali Khianat mengkhianati Sesuka hati Atau rela hati Masuk secara paksa Masuk dipaksa Terpaksa Untuk berkuasa Dalang-dalang bukan calang-calang Bermain wayang Memenuhi ruang Mencari peluang Tanpa salam Bermain kalam Tetingkap atau jendela terbuka Tersingkap tanpa bidai tiada tirai Pintu bermangga jendela ternganga Bumbung dibuka Untuk siapa-siapa Yang suka Yang rela Walau bermuka-muka Pintu hati ditutup terkatup Jendela minda menjadi peka Matlamat menghalalkan cara Pintu syurga... Pintu neraka... Kunci tersedia Akan dibuka Untuk sesiapa Pabila tiba masa Dari pintu ke pintu Tiada jalan buntu Laluan tidak satu... ABi 13.3.2020 Sg Pinang

Sajak - Melayan Rasa

Melayan Rasa Tika larut malam sunyi Tatkala mendengar Tiupan 'pan flute' Gheorge Zamfir Alunan merdu ' The Lonely Shepherd' Leo Rojas dengan 'El Condor Pasa' Dibuai rasa dibawa melayang Dalam jiwa sendiri Mengimbas masa lalu Mengimbau kenangan dahulu Tentang hidup yang pelbagai warna Berbaur rasa yang syahdu Usia bersisa kian menjengah rasa Mudah terasa Teraktif sensitiviti Abi 14.3.2020 TDI

Sajak - Ego Sahabat

Ego Sahabat Kita pernah berkampung di hati Pun pernah bermesra di kelopak rasa Namun... Detik berubah Mengubah tangkai hati Yang menganjak budi Kerana pangkat Yang membezakan darjat Kerana bijak ilmu Menjadi hati semu Melonjak ego Yang tersirat Yang menyurati tingkah Mungkin tanpa disedari Ego menapak di sanubari Kerana itu menjarakkan kita sahabat Menjadi dinding pemisah Bagai tembok penghadang Ikatan persahabatan Yang pernah terjalin sekian lama ...di jalur kehidupan Doaku agar kamu sedar Doaku agar aku sedar Agar ego tidak terus menjalar Di selusur rerambut darah ...yang mengalir di saraf hidup Kerana merah darah kita tiada beza Namun ego tetap ada Dalam kendiri tanpa disedari Ketebalan disulam kesebalan Menjana kekebalan ego ABi 24mac2020 TDI

Sajak - Pejuang COVID 19 (Untuk Petugas KKM, Polis, Tentera, Rela, Imigresen, Kastam dan semua petugas Hadapan)

Pejuang COVID 19 (Untuk Petugas KKM, Polis, Tentera, Rela, Imigresen, Kastam dan semua petugas Hadapan) Di perbatasan yang tiada batas Di penghadapan yang tiada hadapan Kamu berjuang tanpa senjata Kamu berperang tiada luput masa Kamu bertempur tanpa sempadan Perwira negara, perajurit bangsa "Inilah barisan kita Yang ikhlas berjuang Siap sedia berkorban Untuk ibu pertiwi Sebelum kita berjaya Jangan harap kami pulang Inilah sumpah pendekar kita Menuju medan bakti Andai kata kami gugur semua Taburlah bunga di atas pusara Kami mohon doa Malaysia berjaya Semboyan telah berbunyi Menuju medan bakti" Benteng kamu benteng hati Peluh keringat tak terbeli Nyawamu taruhan budi Nilai tiada tolok ganti Tak terlangsai seisi bumi Tanpa barisan kawad Tiada duri tajam kawat Di gawat sewarjagat Tempurmu di pergentingan hayat Jasa kalian menjadi daulat Tak terperi menjadi lagenda hikayat Terima kasih kami sesangkak hati Untuk kamu perwira ibu pertiwi. ...

Sajak - Wabak

Wabak Pandemik, endemik, epidemik Bukan acuh tak acuh bersambalewa Wahima bersekala kecil mahupun besar Wabak ini mengajar manusia Erti kehidupan Tentang kebebasan bukan milik mutlak Menginsafi kekerdilan insan di sisi Tuhan Hikmah bersama keluarga Syurga bermula dari rumah Bahagia ada di rumah Di sebalik kifarat Tuhan Dibelenggu jarak terhad Dikurung terkuak untung Hidangan kasih sayang seisi keluarga Jambakan jemaah berbunga di rumah Sejadah disantuni bersama Di ruang tamu kita bertamu mesra Di meja makan kita bersantapan bahagia Lazat hidangan, enak lagi ikatan silaturahim Kuntum kasih menyemarak rasa Jika dahulu kita cuma bergentayangan Mengejar masa yang setia tugas Alpa dengan objektif kerja, menjejaki KPI Asyik itu menjarakkan kita dengan Yang Esa                                                  dengan keluarga     ...

Sajak - PKP

PKP Kedai Pah Janda tinggai kerusi Sunyi Kedai Pak Lang terkatup rapi Berkunci Aktiviti bawah pokok buluh Tertangguh Jalan Semeling tiada culang caling Hening Pah Janda tak duduk saja Jual order roti canai segera Abang foodpanda kan ada Hantaq merata Pakai topeng muka Pak Lang tak sengap juga Semua dikemas lap walau kedai tak buka Tak tau nak buang masa Berkilat digilap belaka Ayaq ketum ikat penuh tak meniaga Pangkin rumpun buluh takdak sapa Pot Sungai Layaq tinggai pelenggaq saja Tak dak yang  laloq cakoroi coca cola Lepak di rumah main PUBG tak lena-lena Yang tu pulak jadi fenomena Sembeb habeh dahi muka Mangkit tidoq dekat-dekat senja Ada hikmah PKP dilaksana Mat Rempit tak berani tunjuk tera Kedai nombot ekoq tak ternganga Dangdut Kak Leha tak dengaq suara Tak buleh lepak segala simpang merata Politik kedai kopi tinggai meja Tak gaduh kutuk sini sana Pun... Ada yang tegar ketegaq Curi-curi keluaq macam kawaq Perangai loqlaq susah nak d...

Sajak - Cuba

Cuba Cuba Menjadi hati malaikat Ingin Mengikut akhlak nabi Supaya memberikan kami Sebuah inspirasi yang indah Agar Musim dingin menjadi hangat Musim panas menjadi dingin Sang Pencipta menzahirkan dunia ini tiada kekurangan Alam ini penuh pemandangan yang indah Namun Manusia kekurangan kepercayaan yang indah Tika Cinta dan impian di hadapan kita bangkit Bagaikan sinar lampu mercu suar Memenuhi impian kita Kekadang kita dijengah alpa leka Kasih dan perhatian Sang Pencipta Telah melewati segalanya Seharusnya kita... Tidak bosan menjadi miskin Tidak jelak merentasi sakit Tidak mengomel merenangi kesukaran Kerana Sesekali kebahagiaan itu menyakitkan Dan redalah Sebelum Tuhan memanggil kita pulang Abi TDI 29.3.2020

Sajak - Air Mata Corona

Air Mata Corona Mengalirlah air mata Biar bercucuran Biar sampai ke saraf kalbu Melihat anak-anak kecil yang menghirup Hingga ke dasar pinggan Demi seceper mi segera Demi kelangsungan hidup Sang ayah memerhati cuma Sang ibu cepat-cepat menyeka air mata Dibelenggu kurungan had dan waktu Sekampit beras Sekampit gula Sebungkus biskut Dihulur bersama segunung ikhlas Dalam lipatan keinsafan syahdu Hidup kian mahal Mahal lagi hati syurga Kita yang mampu Tidak tega berhati batu Di suatu sudut waktu Ada yang memerlu Tidak perlu kaya untuk membantu Sesudu rezeki tidak menumpahkan sekawah nasi Sesudu garam dapat mengubah selera rasa Biarkan anak-anak itu ...nyenyak dielus kekenyangan Biarkan sang ayah menarik nafas kelegaan Agar sang ibu hilang resah kedukaan Kerana rezeki itu perencanaan Tuhan Dan ...wabak bencana juga kehendak Pencipta alam ABi Dahlia Indah 04042020

Sajak - Ayah Kekasih Awal dan Akhir (Utk Sahabatku Hadi)

Ayah Kekasih Awal dan Akhir (Utk Sahabatku Hadi) Kawan... Janganlah menangis Kamulah ayah dan sahabat nan hebat Adakah sebuah jendela ...yang tidak akan membuatmu putus asa? Lihat dunia yang pernuh warna ini Sebenarnya bagaikan sebuah mimpi indah Seseorang tidak dapat merombak masa lalunya Tetapi dapat mengubah masa depannya Ada yang menangis ada yang tertawa Ada yang menang ada yang kalah Akhirnya bukankah sama sahaja Dunia ini perhentian sementara Adakah suatu cinta yang tak akan melukaimu? Mabuk apa yang tak bisa disedarkan Sakit apa yang tak bisa dilupakan Ketawa atau senyum bisa hidup sehari Tidak ketawa atau senyum juga bisa hidup sehari Kenapa harus menangis? Melangkahlah ke hadapan Janganlah memandang ke belakang Kawan, janganlah menangis Kamu masih menjadi istana bagi batinnya Kamu masih menjadi mahligai bagi zahirnya Terlalu banyak sengsara datang dari kepuraan Kepedihanmu juga dapat kurasakan Jadikan baju lusuhnya menjadi indah Apakah angin...

Sajak - Tak Buleh Keluaq

Tak Buleh Keluaq Nak keluaq tak buleh Dok rumah kerja mengonyeh Apa yang ada dibedai habeh Selongkaq tin pot semua dikaleh Anak cucu penuh rumah Lepaih kemaih depa sepah Punggah malik rumah dok tak torah Sora bising riuh rendah Tokwan tak larat layan termengah-mengah Ke depan ke belakang Tak tau berapa kali ulang Dapoq, ruang tamu, bilik tidoq Aktif bilik kecik tempat melaboq Berkali- kali pi balik pi balik Sat-sat tengok TV segala punat dipetik Sat-sat belek telefon dikaeh-kaeh ditarik Sat-sat minta buat makan segala, teh tarik Posa sehari esok dah tak tahan Nak buka posa macam tak dan-dan Buat cok kodok Cok kodok habeh Buat lempiang Lempiang habeh Ges setong dua minggu habeh Mak di dapoq pokpet- pokpet Sebab ayah tak mandi balik dari market Takut virus berjangkit bukan cerewet Semua benda dikelebek Semua barang dibelek Dari longkang sampai ke sawang Cuci calat sampai ke alang Yang tak pakai semua dibuang Bukak kor'an mata qhudoi Tengok ceram...

Sajak - Sajak Itu Puisi

Sajak Itu Puisi Merajut kata-kata  dari suku kata Menyusun aksara Dijadikan frasa dan klausa Klausa dan ayat bebas bertakhta Kebebasan wacana Mengarca peristiwa Dari pengalaman pancaindera Melafazkan fikiran ke bentuk pena Sebagai wahana karya Yang memiliki tema Persoalan sampingan dan pemikiran utama Kadang-kadang jengkel rasa Kadang-kadang merentap jiwa Dari peristiwa sejarah ke aktiviti semasa Kehidupan manusia di pentas dunia Alam semula jadi ke alam semesta Dicoret dilakar di kanvas media Disulam dengan akhir rima Diksi dipetik ketentuan kata Imejan dinukil dari imej alam nyata Dialun mengikut nada tema Simile itu baris ayat berumpama Personifikasi itu pengorangan benda ....atau susana Repitisi pula pengulangan ayat atau kata Diadun dengan abritrari bahasa Sesekali berbunga-bunga sesekali jitu berfakta Sajak itu dalam puisi tertera Sajak itu lembayung sastera ABi 5.3.2020 TDI

Sajak - Apabila

Apabila Apabila jadi orang atasan Apabila jadi bos Apabila jadi orang besar Apabila berpangkat Apabila berilmu Apabila berkuasa Apabila terkenal Apabila berwang Apabila jadi politikus Apabila jadi veteran dalam sesuatu perkara Tahu sedikit jangan anggap tahu banyak Tahu banyak                      bergaya dan berbicara bongkak Usah berbicara penuh sinis Usah bergaya tingkah laku sinis Usah bertanya penuh sarkastik Usah berjawapan penuh sarkastik Yang tajam tumpul, yang bisa tawar Dan jangan... habis geli dek geletek, habis rasa dek biasa Berak otak, muntah kata Bongkak terletak ABi TDI 08042020

Sajak - Dosa Kering?

Dosa Kering? Mudah kita hina Haji Hadi Senang kita kutuk Mujahid Kita hentam Muhyidin Kita tibai Anwar Kita tuduh LGE, Tun M Diperleceh, dihina, dicerca Dengan kata-kata nista Digelar pelbagai nama Stiker pelbagai rupa Disebar di seluruh maya Waima benar salah mereka ! Mampukah kita menanggung dosa? Bolehkah kita memohon maaf daripada mereka? Siapa kita? ABi 08042020 TDI

Sajak - Akan Tiba

Akan Tiba Air di muara kekeringan ...dek arus mudik ke hulu Sinar rembulan terbias ke angkasa ...dek kabus menyelimuti atmosfera Siang tidak kunjung tiba Subuh tidak juga menjelma Malam tidak berpenghujung Jika matahari muncul di sebelah barat Pastinya seisi bumi panik terperanjat Kita sudah terlambat untuk bertaubat Terkulat-kulat sesat di alam permulaan kiamat Sistem orbit menjadi gila di cakrawala Manusia bergentayangan Terboleng terobek pakaian Umpama kelkatu senja Pokok-pokok berterbangan Umpama beburung di udara LRT tercabut dari landasan Lebuh raya berombak berhempasan Jambatan melambung ke bumbung langit Bergulung-gulung membingit Bukit dan gunung  bersimpang-siur di angkasa Isi alam relai terbarai Bagai puing-puing halus ringan bercempera Tiada lagi sistem komunikasi Tiada lagi pihak untuk mengawasi Tiada lagi kepala-kepala negeri Tiada sesiapa yang peduli Suara anak kecil menangis tak dipeduli Kehilangan ayah ibu, terlepas pelukan suami J...

Sajak - Mahligai Syaitan

Mahligai Syaitan Telapak kaki iblis Di mahligai syaitan Terjerlus di gumpalan darah hitam Menenggelamkan takhta waras fikir Jejari tidak menjadi mata telinga malaikat Saat pandamik bagai amaran dari Pencipta alam Fitnah memuncak naik menerawang Singgah merebak tersebar persis virus Yang membunuh mahkota jiwa Kerana jemari melancarkan serangan Manusia lupa bahawa fitnah itu Lebih tajam berbisa dari panah sang Arjuna Dan manusia menjadi pendurjana dunia        yang akan bermukim di mahligai syaitan. ABi 11.04.2020 TDI

Sajak - Fatamorgana Rindu

Fatamorgana Rindu Logamaya rasa Menghasilkan nota cinta tidak bertajuk Dicoret di atas sehelai kertas putih bersih Hasil pena tidak bertinta Menjadi paparan kosong Lakaran hati berperisa rindu Yang berseru di kalbu sendu Yang sonetnya di bulan biru Raupan rasa yang meruap di udara lalu Menjadi soalan yang tak punya jawapan Tanda tanya melayang di awan kelabu ....sirus halus menipis dan menghilang Mungkin tidak terjelang Kerana bukan dirancang Yang akhirnya menjadi mimpi Menepuk tidur di peraduan siang Tidak menembusi.lena malam Kesudahannya atma tak merentasi dinihari Subuh yang dingin tidak menjadi suam. ABi 12042020 TDI

Sajak - Lelaki Yang Bernama Ebit Liew

Lelaki Yang  Bernama Ebit Liew Kukenal dia dari kaca-kaca media Bukan untuk menyanjung puja Kulakar peristiwa nyata dari arca tinta Dari kelopak mata menelusur jiwa                                   ke kotak minda Sosok tubuh itu kesayangan Tuhan Lelaki itu diberi hidayah Kasih yang melimpah ruah ibarat raudhah Mencari mawaddah supaya tidak resah Daya fikir nalar menyingkir negatif Di sudut hati yang tak pernah mati Melantun wacana indah positif Dengan kalimah beraura hikmah Melafaz cinta kasih sayang Menyantuni khalayak ummah Membuka jalan hati ke pintu Ilahi Di tebingan malam dingin Di onar lohong kota raya                      di alur dan lembah desa Di pinggir alunan kosmopolitan Atau di dewan dingin metropolitan Menjelajah mesra bisikan dakwah Tidak melontar dakyah keras Tidak bergema vokal sinis tajam Tidak mem...

Sajak - Selayak Khalayak

Selayak Khalayak Tika PKP Bos-bos jangan mengada-ngada Macam-macam tugas dalam talian Sesetengah kerja bertindih-tindan Mentang-mentanglah tuan majikan Pelbagai soal selidik diada-adakan Pelbagai borang disi untuk kajian Implimentasi tidak berjalan Kerja buat tak berhasil tak berkesan Tak isi, nama tersenarai dipaparkan Tika PKP Kakitangan awam dianggap makan gaji buta Cuti di rumah tak buat apa-apa Terutama cikgu-cikgu, sekolah tak buka Sebenarnya masyarakat tak faham etika cara Mereka ada SOP dan tatakerja PKP adalah arahan bukan suka-suka Kerja dalam talian juga berlambak Latihan dan kerja kursus kena semak Anak-anak didik jadi senak naik muak Emak bapa mula memberontak teriak Talian ciput macam siput berebut anak beranak Budi bicara, kreatitif dan inisiatif selayak Maka agak-agak berpada memberi kerja Kesian yang tak punya apa-apa Mereka pun nak belajar seperti biasa Bukan tak mahu bertugas, tidak berkerja Bukan culas bukan bergaji buta Banyak kekan...

Sedikit Pengetahuan Bahasa Tanda Sempang ( - )

Sedikit Pengetahuan Bahasa Tanda Sempang  ( - ) 1. Digunakan untuk menulis kata ganda. Contoh : a. Gunung-ganang, lauk-pauk, bukit-bukau, kuda-kuda 2. Digunakan untuk merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar. Contoh : a. rahmat-Nya, Se-Malaysia, anti-Amerika, Insya-Allah. 3. Digunakan untuk merangkaikan awalan ke depan angka atau nombor. Ke-60, ke-10 Contoh: a. Mereka menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke - 5. 4. Digunakan untuk merangkaikan angka dengan akhiran -an. Contoh: a. 60-an, 70-an, 80-an, 90-an ABi TDI 18.4.2020

Sajak - Dua Makna

Dua Makna Ulat bulu menjadi beluncas Melompat ke batang gersang Bertukar kepompong Menjadi kupu-kupu malam Menokak patah sayap rama-rama siang Rama-rama itu jatuh Kupu-kupu besar kepala Dikelilingi kelkatu Yang nampak lampu simbah Belum pasti tersinggah Mungkinkah kupu-kupu itu Akan gugur sayapnya Bersama kelkatu-kelkatu Yang berjatuhan kerana sayap malam tanggal dan menjadi semut , anai-anai Merayap di banir batang Cuba mengejar bulan Kerana cahaya lampu sudah pudar.... ABI TDI 19.4.2020

Sedikit Pengetahuan Bahasa PENGGUNAAN HURUF BESAR

Sedikit Pengetahuan Bahasa PENGGUNAAN HURUF BESAR 1) digunakan bagi huruf pertama kata pada setiap ayat. a)Rumah itu di atas bukit. b)Persembahan itu belum tamat. 2) digunakan sebagai huruf pertama petikan langsung. a)“Adik kamu mana ?” tanya Jamil. b)Abang bertanya, “Betulkah awak tidak mahu pergi ?” 3) digunakan sebagai huruf pertama dalam ungkapan yang berhubung dengan kitab suci dan nama Alllah, termasuk kata ganti untuk Allah a)Yang Maha Pengasih, b)Ampunilah hamba-Mu. c)Semoga Engkau menerima doa kami. 4) digunakan sebagai huruf pertama gelaran kehormatan, keturunan, dan keagamaan yang diikuti nama orang a)Haji Abdul Ghabur b)Nabi Muhamad S.A.W 5) digunakan sebagai huruf pertama untuk nama jawatan dan pangkat yang diikuti nama orang Profesor Ahmad Hashim Sarjan Major Kamarudin , Tengku Iskandar 6) digunakan pada awal nama khas) Sharipah, Ipoh, Terengganu, Bank Negara 7) digunakan sebagai huruf pertama nama bangsa, suku bangsa, dan bahasa a)bangsa Melay...

Sedikit Pengetahuan Bahasa Tanda Koma (,)

Sedikit Pengetahuan Bahasa Tanda Koma (,) Penggunaan tanda koma 1. bagi mengasingkan kata yang berturut-turut dalam satu ayat (a) Ibu membeli ikan, sayur, dan daging. (b) Abu, Kumar, dan Zaidi pergi ke Muar. 2. di belakang kata seru (a) Amboi, merahnya baju kamu ! (b) Eh, Azmi rupanya ! 3. untuk menandakan tempat berhenti sebentar (jeda)      Berikan surat ini kepada ibumu, Ali. 4. di belakang kata penghubung pada awal ayat ... Oleh sebab itu, awak diminta hadir. ... Jadi, awak tidak mengaku bersalah? 5. untuk memisahkan unsur-unsur dalam ayat yang berbeza-beza Rumah itu besar, tetapi tidak cantik Katakan saya ke bandar, jika dia datang. 6. sebelum tanda pembuka kata (") dan penutup kata (") dalam cakap ajuk Ravi berkata, "Ini suratnya, encik." "Terima kasih," jawab Encik Abu. ABi 21.4.2020 TDI

Sedikit Pengetahuan Bahasa ## Tanda Titik Bertindih (:) ## Tanda Koma Bertitik (;)

Sedikit Pengetahuan Bahasa ## Tanda Titik Bertindih (:) Tanda titik bertindih digunakan... Contohnya (1)        pada akhir sesuatu penyataan apabila diikuti oleh rangkaian Barang-barang yang perlu dibawa adalah seperti berikut: parang, sabit, dan cangkul (2)        untuk memberi penjelasan atau memperkenalkan sesuatu Tarikh: 3 April 2000 Masa: 2.00 petang Tempat: Bilik Gerakan ## Tanda Koma Bertitik (;) Tanda koma bertitik digunakan Contohnya (1) untuk memisahkan bahagian- bahagian ayat yang sejenis dan setara Giginya sakit; dia tidak mahu ke klinik. (2) pada baris pertama pantun dua erat Ada ubi ada batas; Ada budi ada balas. (3) pada baris kedua pantun empat kerat, baris ketiga enam kerat dan seterusnya termasuk talibun ABi 21.4.2020 TDI

Sedikit Pengetahuan Bahasa Tanda Tanya (?) Tanda Seru, Tanda Petik

Sedikit Pengetahuan Bahasa Tanda Tanya (?) Tanda tanya digunakan... Contohnya (a) pada akhir ayat tanya  Bilakah adik kamu akan bersekolah?   Kamu sudah makan? (b) pada akhir ayat tanya sebelum tanda penutup kata (") "Apa yang kamu lihat?" tanya Jimmy. Tanda Seru (!) Tanda seru digunakan... Contohnya sesudah penyataan yang berupa seruan, perintah, atau rasa emosi yang kuat (a)        Wah, perbuatan awak sudah melampau! (b)        Siapkan kerja itu segera! Tanda Petik ("...") Tanda petik digunakan Contohnya (a) untuk mengapit petikan langsung "Saya belum makan ibu," kata adik. (b) pada jadual rencana, karangan, novel, puisi, dan sebagainya Novel "Esok Masih Ada" memenangi hadiah pertama. ABi TDI 22.4.2020

Sedikit Pengetahuan Bahasa BUNYI HAIWAN

Sedikit Pengetahuan Bahasa BUNYI HAIWAN (Istilah) 1.   Ayam jantan Berkokok 2.  Ayam bentina Berketuk 3.  Anjing Menyalak 4.   Burung Berkicau 5.    Beruang Menderam 6.    Cengkerik  Mendering / mengilai 7.    Monyet Mengerih 8.    Nyamuk Berdengung 9.    Lembu Melenguh 10.  Kucing Mengiau 11.  Tikus Berdicit 12.  Ular Berketur / Berdesis 13.  Kambing Mengembek 14.  Itik Mengagak 15.  Merpati Berdekut 16.  Gagak  Menggauk 17.  Rusa Berdengking 18.  Kuda / Kaldai Meringkik 19.  Katak Berdengkang 20.   Harimau / singa Mengaum 21.   Anak burung/ anak ayam Berdecit-decit ABi....7.11.18 TDI

Sedikit pengetahuan bahasa SINONIM, ANTONIM, POLISIM, AKRONIM

Sedikit pengetahuan bahasa SINONIM, ANTONIM, POLISIM, AKRONIM Sinonim - perkataan sama erti Contoh Pandai = Bijak Antonim- perkataan berlawan Contoh Gemuk  x Kurus Polisim- perkataan banyak makna Contoh Lalu = selera Lalu = melintas Akronim- perkataan yg disingkatkan Contoh  AKRONIM (singkatan perkataan) .hakis : habis kikis · debunga : debu bunga · purata : pukul rata · maging : makan daging ADUN: Ahli Dewan Undangan Negeri. · UPSI :Universiti Pendidikan Sultan Idris. · STAR : Sistem Transit Aliran Ringan. Perhilitan : Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara. · Pawagam: Panggung Wayang Gambar · Kugiran : Kumpulan Gitar Rancak · Tadika : Taman Didikan Kanak-kanak : PROTON Perusahaan Otomobil Nasional. Tenusu (ternak + susu) Tajaka (taman + jagaan + kanak-kanak) Kugiran (kumpulan + gitar + rancak) Pawagam (panggung + wayang + gambar) Jenama (jenis + nama) Angkubah (angka + ubah) Wasap (wap+asap) Cikgu (enCik+Guru) Berdikari (Berdir...

Sedikit Pengetahuan Bahasa Singkatan kata

Sedikit Pengetahuan Bahasa Singkatan kata Secara ringkas, singkatan kata merupakan penyingkatan sesuatu perkataan atau frasa Contoh Singkatan Berikut merupakan singkatan kata atau ungkapan yang sudah diterima umum, sama seperti e.g., dan etc. dalam Bahasa Inggeris. Pada singkatan yang terdiri daripada tiga huruf atau lebih dipakai hanya satu tanda titik. b.p. bagi pihak d.a. dengan alamat/di alamat dst. dan seterusnya dll. dan lain lain hlm. halaman tsb. tersebut spt. seperti s.k. salinan kepada u.p. untuk perhatian cth. contohnya Contoh singkatan pada papan tanda:- Prt.Jawa-> PARIT JAWA Pangkat, gelaran , jawatan dan sapaan juga boleh disingkatkan. Contoh contoh perkataan ditunjukkan di bawah. Dr. Doktor En. Encik Pn. Puan Prof. Profesor Sdr. Saudara/Saudari S.E. Sarjana Ekonomi S.S. Sarjana Sastera Tn. Tuan Hj. Haji YAB. (satu titik sahaja kerana tiga huruf) Yang Amat Berhormat Y.M. Yang Mulia Tth. Yang ...

Sedikit Pengetahuan Bahasa (jenis-jenis ayat)

Sedikit Pengetahuan Bahasa (jenis-jenis ayat) 1)AYAT PENYATA Definisi:  1. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal. 2. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan. contoh: a) Pelajar-pelajar sedang  mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. b) Normah tidak pergi ke sekolah pada hari ini. 2) AYAT SERUAN Definisi: 1. Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, gembira, sakit, benci dan sebagainya. 2. Tanda seru (!) biasanya diletakkan pada akhir ayat seruan. 3. Ayat seruan didahului oleh kata seru seperti amboi, wah, eh, oh, aduh, cis dan sebagainya. contoh: a) Amboi, cantiknya gadis itu! b) Wah, mahalnya baju ini! c) Oh, aku lupa bawa wang hari ini! d) Cis, berani kamu pukul saya! e) Syabas, kamu telah menang! 3) AYAT TANYA Definisi: 1. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal. 2. Terdapat dua jenis aya...

PERBEZAAN: ANTARA DI ANTARA DALAM DI DALAM

Sedikit Pengetahuan Bahasa PERBEZAAN: ANTARA DI ANTARA DALAM DI DALAM ##    antara (bukan tempat)  / di  antara(tempat) Antara hobi saya ialah membaca buku.   (√  ) Di antara hobi saya ialah membaca buku.   ( X    ) Rumah saya terletak di antara tingkat satu dengan tingkat tiga.    (√  ) Ali duduk di antara Julia dengan Mariam.   (√ ) Di antara alat tulis  yang dibeli olehnya ialah pensel, pembaris, pen dan pemadam.  (  X   )  ##   di dalam (lubang/ruang/tempat)    /   dalam (abstrak/tidak nampak) 1.     di dalam ingatannya (  X   ) 2.     dalam ingatannya     ( √  ) 3.     di dalam bilik        (  √ ) 4.     dalam mesyuarat      (  √  ) 5.      di dalam hatinya...

Sedikit Pengetahuan Bahasa KATA PEMERI.....IALAH dan ADALAH

Sedikit Pengetahuan Bahasa KATA PEMERI.....IALAH   dan    ADALAH Perbezaan antara kata pemeri 'IALAH' dan 'ADALAH'                                                                         'IALAH' hadir di hadapan frasa nama sahaja. CTH frasa nama Buku cerita itu IALAH hadiah hari jadi kawan saya. frasa nama Perkara yang menarik perhatian saya IALAH kesabarannya dalam menghadapi cabaran.                                                                                       frasa nama Satu sebab saya menyukai tempat ini IALAH pemandangannya yang amat menakjubkan. f...

Sedikit Pengetahuan Bahasa PERBEZAAN JEMPUT DAN UNDANG

Sedikit Pengetahuan Bahasa PERBEZAAN JEMPUT DAN UNDANG Jemput - Bermakna pergi atau datang mengambil. Undang - Bermakna mengajak atau mempersilakan orang menghadiri majlis, perayaan, pertemuan, dan sebagainya. Contoh: Aminah ke lapangan terbang untuk mengundang anaknya yang baru tiba dari Jepun. (TIDAK TEPAT) Aminah ke lapangan terbang untuk menjemput anaknya yang baru tiba dari Jepun. (TEPAT) Beberapa orang kenamaan turut saya jemput ke majlis perkahwainan anak saya.(TIDAK TEPAT) Beberapa orang kenamaan turut saya undang ke majlis perkahwainan anak saya.(TEPAT) Puan Aishah telah mengedarkan kad jemputan majlis perkahwinan anak bongsunya kepada kenalannya.(TIDAK TEPAT) Puan Aishah telah mengedarkan kad undangan majlis perkahwinan anak bongsunya kepada kenalannya.(TEPAT) ABI 25.4.2020 TDI

Sedikit Pengetahuan Bahasa Perbezaan antara `BOLEH’ dengan `DAPAT’

Sedikit Pengetahuan Bahasa Perbezaan antara `BOLEH’ dengan `DAPAT’ Kata ‘boleh’ dan ‘dapat’ kedua-duanya tergolong sebagai kata bantu yang hadir sebelum frasa, yang bertugas membantu frasa kerja dan frasa sendi nama. Kata ‘boleh’ membawa unsur keizinan atau kebenaran dan tidak menyalahi peraturan. Kata 'dapat' membawa unsur upaya atau mampu. Contoh penggunaan bagi kedua-dua kata tersebut adalah seperti yang berikut: a. Kamu boleh menyertai rombongan itu kalau diizinkan ayah. (Keizinan) b. Permit yang diberi boleh ditarik balik. (Keizinan) c. Zainal begitu gembira dapat melakonkan watak Hang Tuah. (Kemampuan) d. Saadiah masih belum dapat melelapkan matanya. (Kemampuan) Kata ‘dapat’ sering disalahgunakan dengan ‘boleh’. Contoh: Puisi boleh dibahagikan kepada beberapa jenis (salah). Puisi dapat dibahagikan kepada beberapa jenis (betul). Kadang-kadang kata ‘boleh’ itu sebenarnya bermaksud ‘mungkin’. Contoh: Perkara ini boleh berlaku apabila kita hilang tu...

Sedikit Pengetahuan Bahasa Perkataan Inggeris yang berasal daripada bahasa Melayu

Sedikit Pengetahuan Bahasa Perkataan Inggeris yang berasal daripada bahasa Melayu Bahasa Melayu makin banyak dipengaruhi bahasa asing seperti Inggeris dan Arab seperti ribuan tahun dulu Sanskrit menguasai alam fikir wilayah negara ini. Begitu juga pengaruh bahasa Portugis dan Belanda. Tetapi apakah anda menduga bahasa asing juga, termasuk Inggeris, turut dipengaruhi bahasa Melayu? Berikut perkataan Inggeris yang didapati berasal daripada pengaruh alam Melayu: (1) camphor — kapur Bahasa Inggeris awal menggunakan istilah “caumfre” yang dipengaruhi kata Latin “camphora”. Perkataan-perkataan ini dipengaruhi bahasa Arab, kafur, yang berasal perkataan “kapur” dalam bahasa Melayu. Istilah Melayu ini mungkin daripada bahasa Sanskrit “karpura.” Kayu kapur pernah dijadikan barang dagangan utama ratusan tahun dulu. Rekod menunjukkan “camphor” pertama kali digunakan pada abad ke-14. (2) godown — gudang Sewaktu bangsa Eropah melawat daerah-daerah pelabuhan di sini, mereka mendap...

Sedikit Pengetahuan Bahasa Kesalahan ejaan yang sering dilakukan

Sedikit Pengetahuan Bahasa Kesalahan ejaan yang sering dilakukan 1. seringkali❌ sering kali✅ 2. acapkali❌ acap kali✅ 3. barang kali❌ barangkali✅ 4. ulangkaji❌ ulang kaji✅ 5. penguatkuasa❌ penguat kuasa✅ 6. sekaligus❌ sekali gus✅ 7. kadang kala❌ kadangkala✅ 8. mustika❌ mestika✅ 9. nanas Sarawak❌ nanas Serawak✅ 10. kebanyakkan❌ kebanyakan✅ 11. kerosakkan❌ kerosakan✅ 12. kecantikkan❌ kecantikan✅ 13. dakyah❌ diayah✅ 14. Zohor❌ zuhur✅ 15. disamping❌ di samping✅ 16. menge-melkan❌ meng-e-melkan✅ 17. motorsikal❌ motosikal✅ 18. pontianak❌ puntianak✅ 19. tengahari❌ tengah hari✅ 20. aturcara❌ atur cara✅ 21. was-was❌ waswas✅ 22. sum-sum❌ sumsum✅ 23. taksub❌ taasub✅ 24. anti-dadah❌ antidadah✅ 25. Puan Hajjah Aisyah ❌ Puah Hajah Aisyah ✅ 26. pra bayar❌ prabayar✅ 27. pasca-bayar❌ pascabayar✅ 28. masaalah❌ masalah✅ 29. samada❌ sama ada✅ 30. Yang Dipertuan Agong❌ Yang di-Pertuan Agong✅ 31. mengemaskini❌ meng...

Sedikit Pengetahuan Bahasa ME....KAN dan ME...I

Sedikit Pengetahuan Bahasa ME....KAN   dan   ME...I Perbezaan Imbuhan 'Me...kan' dan  'Me...i' Penggunaan imbuhan apitan  me…kan dan imbukan me…i  me-…-kan  ( mesti diikuti oleh   Objek benda / barang / keadaan) me-….-I      ( mesti diikuti oleh  Objek orang / haiwan) Contoh 1 1. Dia menghadiahkan sehelai kain batik kepada ibu. (Kain batik ialah objek  benda). 2. Dia menghadiahi ibu sehelai kain batik. (Ibu ialah objek orang) Contoh 2 1. Hakim menjatuhkan hukuman penjara terhadap Ali. 2. Hakim menjatuhi Ali hukuman penjara. ABi 28.4.2020 TDi

Sajak Udara Lohong Kerongkong

Udara Lohong Kerongkong Kesamaran malam Kian kelam Kerana awan gelap  mengelumus angkasa Melindungi biasan sinaran bintang bulan Fenomena ini umpama gandingan virus Dalam senyap menebar wabak halimunan Dari timur ke barat Dari utara ke selatan Menangkup isi alam Menangkis kebiasaan Cuba menggapai normal baharu Dalam kegelapan rasa Kehilangan oksigen Tercungap mencari esok Di sebalik gelembung -gelembung udara Di celahan rongga-rongga peparu Harapan di sebalik nafas panas pendek Di sangkut pada salur-salur getah Yang bergetar mengikut rima mesin kaku Menanti hari esok yang mungkin tidak malap Sepicing cahaya tertuar tertancap                                di penjuru mata yang ungu Menjadi bersinar membiru.... ABi 28.4.2020 TDI